PRU15 medan terbaik tamat hayat politik Anwar, Mahathir

PRU15 medan terbaik tamat hayat politik Anwar, Mahathir

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, percaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah medan terbaik untuk pengundi menamatkan hayat politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, tindakan itu perlu mengambil kira status Anwar yang juga Pengerusi PH dan Mahathir selaku Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) yang disifatkan beliau sebagai dua watak yang merugikan negara sejak sekian lama.



Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, yang memaklumkan bahawa rakyat Perak sebagai ‘bertuah’ kerana Anwar memilih untuk bertanding di negeri itu.

Anwar selaku penyandang kerusi Parlimen Port Dickson sebelum ini mengumumkan akan bertanding di Parlimen Tambun dalam PRU15 nanti.

Mengulas mengenai Anwar, Shamsul Anuar berkata, Presiden PKR itu tiada jasa di Tambun dan beliau juga bukanlah aset penting negara yang mesti diberikan kemenangan.

Justeru, katanya ia memberi kesempatan terbaik kepada orang Perak untuk menamatkan hayat politik Anwar.



“Biar Tambun menjadi bukti sejarah Anwar Ibrahim hilang pengaruh di sini. Mengalahkan Anwar Ibrahim bukan bermakna kita bagi kemenangan kepada BERSATU, kerana BERSATU juga mesti dikalahkan.

“Kita yakin pertandingan tiga penjuru akan memberikan kelebihan kepada calon BN,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui yakin kehadiran Anwar di Tambun dalam PRU15 akan meningkatkan lagi motivasi serta semangat jentera BN di kawasan Parlimen itu selain di Perak secara umum untuk bekerja lebih kuat lagi.

“Saya harap kita sedar. Pimpinan PH termasuk Anwar sering bertukar kawasan untuk bertanding setiap kali PRU kerana semasa mereka menjadi wakil rakyat di kawasan sebelumnya mereka tidak bekerja untuk rakyat.



“Sebab itu mereka berpindah kawasan. Anwar dari Port Dickson ke Tambun. Jadi pemilih di Parlimen Tambun jangan tersilap langkah,” katanya. BH

PRU15 medan terbaik tamat hayat politik Anwar, Mahathir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir



Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker