Amanah sisihkan anak Nik Aziz, PKR sambar peluang..

 

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, beliau tidak tahu bentuk strategi cuba dilaksanakan PKR dengan mencalonkan Nik Omar bertanding di negeri Perak, tidak lama selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengumumkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun.

Jelasnya, Amanah juga tidak pernah mengenepikan Nik Omar daripada senarai pencalonan parti sempena PRU15 apabila nama anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu sudah dikemukakan untuk bertanding di Kelantan.

“Kita mengalu-alukan pengumuman PKR itu dan Amanah mengucapkan tahniah kepada Ustaz Nik Omar kerana tercalon untuk bertanding pada PRU15 menggunakan kuota kerusi PKR sendiri.

“Tidak timbul isu nama beliau digugurkan Amanah kerana kami sudah mengadakan mesyuarat khas penentuan calon PRU15 dengan namanya sudah tersenarai sebagai calon untuk bertanding di Kelantan.

“Saya tidak tahu strategi sebenar PKR untuk membawa tokoh agamawan ini ke Perak, namun kita alu-alukan sahaja. Paling penting, Ustaz Nik Omar pun akan bertanding atas lambang Pakatan Harapan (PH),” katanya kepada Sinar Premium pada Rabu.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai keputusan PKR menamakan Nik Omar yang juga bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) untuk bertanding di Perak menggunakan kuota kerusi parti berkenaan pada PRU15.

Selain Nik Omar, terdapat lima lagi calon baharu diumumkan PKR bakal mencuba nasib pada 19 November hadapan, terdiri daripada pelbagai bidang disiplin dan pengalaman termasuk seorang calon berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU).

Antaranya adalah bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Julfitri Joha; bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Zainal Azman Abu Seman; bekas Naib Camselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa), Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan; Pensyarah dari Universiti Malaya (UM), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz; bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Zakat Selangor, Saipolyazan Yusop dan calon muda berusia 28 tahun, Fathin Amelina Fazlie.

Pada PRU14, Nik Omar telah mewakili Amanah dan PKR untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan namun tewas dalam pertembungan tiga penjuru di tangan calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood yang juga penyandang kerusi dengan jumlah majoriti 3,474 undi.

Sementara itu, Salahuddin turut memberi jaminan status keahlian Nik Omar dalam Amanah tidak akan dipersoalkan susulan keputusan PKR memilih beliau untuk bertanding di salah satu kerusi Parlimen parti berkenaan.

Selain Nik Omar, seorang lagi tokoh perkhidmatan awam yang bakal dipertaruhkan PKR untuk bertanding di Perak adalah Zainal Azman.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker