Anak durjana tendang, tampar ibu hingga patah gigi

PADANG TERAP: Berang dengan jawapan ibu yang tidak memuaskan hatinya, seorang lelaki sanggup membelasah wanita berusia 68 tahun itu sehingga patah gigi di rumah mereka di sebuah kampung di sini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar, berkata terdahulu dalam kejadian jam 6.30 petang Khamis itu, suspek berusia 30-an bertanya ibunya mengenai bilangan anaknya.

“Wanita itu telah menjawab hanya mempunyai empat orang anak, sedangkan suspek juga anak mangsa… jadi bilangan sebenar adalah lima.



“Suspek tidak berpuas hati dan tiba-tiba berang lalu bertindak menampar pipi kiri mangsa sehingga giginya patah, selain menendang mangsa membuatkan wanita itu berlari masuk ke dalam bilik tidur,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Mulkiaman berkata, susulan itu mangsa telah membuat laporan polis pada Jumaat kerana bimbang dengan keselamatannya.

Katanya, ekoran itu polis telah menahan suspek di kawasan kampung terbabit tidak lama kemudian.

“Suspek telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.



“Suspek juga dipercayai terlibat dengan pengambilan dadah dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



 


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker