’11 bulan Hafidz tak jumpa anak, baju raya pun tak beli’

’11 bulan Hafidz tak jumpa anak, baju raya pun tak beli’

Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mendakwa bekas suaminya sudah 11 bulan tidak menjenguk anak, malah persiapan raya juga tidak disediakan.

Bagaimanapun, pempengaruh media sosial itu tidak kisah, asalkan emosi dua cahaya mata, Humairah dan Umar tak terjejas ketika sambutan Aidilfitri.



“Saya tak pasti sama ada bekas suami nak jenguk anak-anak pada Aidilfitri. Saya lihat Humairah dan Umar seronok beraya di Perlis, banyak juga dapat duit raya.

“Namun, saya kasihan juga pada Umar sebab sudah 11 bulan tak berjumpa dengan bapanya.

“Tapi, Alhamdulillah, mereka tetap baik-baik sahaja.

“Hafidz pun tiada beli baju raya anak-anak, tapi jujurnya saya tak kisah, janji saya bahagia bersama anak-anak,” dakwanya.



Mengulas meraikan Syawal kali pertama sebagai ibu tunggal, Nurul Shuhada bersyukur tidak sedikit pun menjejaskan emosinya.

“Rasa sayu jauh sekali, sebaliknya saya meraikan Hari Lebaran dengan penuh kesyukuran, ketenangan dan kebahagiaan walaupun memegang status baharu.

“Namun, saya tetap rasa sedih bila terkenangkan mengalami keguguran pada Syawal kedua, tahun lalu.

“Saya cuba tidak memikirkannya lagi. Kini, saya rasa lebih gembira dan tenang sebab sudah berada di satu fasa yang mana Allah angkat rasa sedih dan kecewa.



“Saya hanya berdoa supaya Allah terus berikan saya kebahagiaan.

“Sebenarnya, bila saya melalui situasi ini, saya rasa apa yang Allah berikan adalah takdir yang terbaik. Bila kita bersabar dan sentiasa dekat dengan Allah, maka bahagialah hidup,” katanya.

Nurul Shuhada berkata, dia beroleh ketenangan yang sukar diceritakan.

“Misalnya, saya tak tahu kenapa sibuk sangat sampai tak sempat bersiap elok-elok ketika bergelar isteri.



“Sedangkan, sekarang saya uruskan anak-anak seorang diri, tapi masih boleh bergaya dan pakai cantik-cantik.

“Saya lebih sayangkan diri saya sekarang. Memang seronok dan bersyukur Allah sudah angkat masalah saya,” katanya.

Mengulas sambutan Aidilfitri tahun ini, Nurul Shuhada bersyukur dapat meraikan bersama anak-anaknya, Humairah dan Umar.

“Tahun lalu, saya beraya bersama anak-anak, tahun ini dan tahun akan datang pun, insya-Allah tetap sama,” katanya ringkas.



Terdahulu, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun bercerai pada 27 Julai tahun lalu selepas melalui proses mahkamah yang meraih tumpuan ramai.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar. BH

’11 bulan Hafidz tak jumpa anak, baju raya pun tak beli’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)

Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker