Hanya Pahang, Perak dan Perlis sedia bubar DUN

Hanya Pahang, Perak dan Perlis sedia bubar DUN

Hanya tiga negeri iaitu Pahang, Perlis dan Perak bersedia untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing untuk membolehkan pilihan raya diadakan serentak dengan peringkat Parlimen.

Ini kerana, semua negeri di bawah pentadbiran PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, selain Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang dikuasai Pakatan Harapan (PH) mengesahkan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing bersekali dengan Parlimen.



Baki empat lagi negeri iaitu Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak sudah pun mengadakan pilihan raya negeri (PRN) masing-masing sebelum ini.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, mengesahkan akan mengadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, selepas diperkenankan baginda untuk memaklumkan mengenai pembubaran DUN.

“Pembubaran DUN Perlis hanya akan diperkenankan baginda. Untuk itu, baginda juga perlu memperkenankan saya terlebih dahulu untuk mengadap sebelum sebarang pengumuman pembubaran DUN Perlis dapat dibuat,” katanya ringkas.

Terdahulu, Perdana Menteri ketika mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini, mengesyorkan ketua kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor mengambil tindakan sewajarnya membubarkan DUN masing-masing supaya dapat menyertai PRU peringkat Parlimen.



Beliau berkata, ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos.

PAS pegang keputusan parti sebelum ini

Sementara itu di Kota Bharu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pihaknya masih berpegang dengan keputusan yang dibuat parti sebelum ini berhubung pembubaran DUN di tiga negeri dikuasai PAS.

“Setakat ini keputusan parti sebagaimana dibuat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa tiga negeri yang diperintah PAS tidak akan bubarkan DUN walaupun Parlimen dibubarkan.



“Keputusan itu masih terpakai, namun apa berlaku sehari dua lagi saya tidak tahu. Kita ada masa untuk bubar DUN paling cepat adalah pada Mac tahun depan,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Dalam pada itu, Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP membubarkan DUN bagi membolehkan pemilihan wakil rakyat dilakukan serentak pada PRU15.

Pengerusi BN negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir, berkata pembubaran serentak (DUN dan Parlimen) menjimatkan kos dan keengganan kerajaan negeri membubarkan DUN secara langsung menunjukkan mereka mahu mempamerkan kuasa dalam pemerintahan negeri.

“Sejak awal lagi mereka (kerajaan Pakatan Harapan) tak setuju pembubaran Parlimen, jadi mereka guna kuasa yang ada di negeri untuk menunjukkan tentangan mereka,” katanya.



Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong pula berkata, keputusan pembubaran Parlimen sudah tidak boleh diubah dan beliau mengharapkan kerajaan negeri di bawah PH akan turut mengumumkan pembubaran DUN demi rakyat serta negara.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed, memaklumkan pembubaran Parlimen dan DUN yang dibuat tidak serentak bukan hanya meningkatkan kos PRU15 hampir RM2 bilion, malah menyusahkan rakyat.

Beliau berkata, perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga akan meningkat hampir dua kali ganda sekiranya pilihan raya Parlimen dan DUN berlangsung berasingan. BH

Hanya Pahang, Perak dan Perlis sedia bubar DUN




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker