Dr Say Shazril Terharu Lihat Anaknya Mahu Bantu Peminta Sedekah [VIDEO]
“Terkejut Bila Dia Minta Duit..”
Dr Say Shazril Terharu Lihat Anaknya Mahu Bantu Peminta Sedekah [VIDEO]
![Dr Say Shazril Terharu Lihat Anaknya Mahu Bantu Peminta Sedekah [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2026/05/b50f7fc6-ff20-49d2-850b-f69a5fa40017-1140x641-1.webp)
Pempengaruh media sosial, Dr Say Shazril mencuri perhatian netizen selepas berkongsi putera sulungnya, Aezriel (Ace) yang mahu membantu pihak yang berada dalam kesusahan.
Dr Say menerusi hantaran di Instagram, mengakui rasa terkejut apabila Ace secara tiba-tiba meminta wang kepada dia dan isteri ketika mereka meluangkan masa bersama di sekitar Bukit Bintang. Ternyata, wang yang dimintanya itu adalah kepada seorang ibu bersama anak kecil yang meminta sedekah di kawasan berhampiran.
“My goodboy Ace, terkejut bila dia minta duit dari saya dan isteri semalam. Rupanya nak bagi kat wanita bersama dua orang anak depan Bukit Bintang semalam. My heart is full, dia memberi masa birthday dia. Sejuk hati daddy memengandungkan mommy awak Ace.”-kongsi Shazril di Instagram
“Terus Berbuat Baik Anak Soleh..”
![Dr Say Shazril Terharu Lihat Anaknya Mahu Bantu Peminta Sedekah [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2026/05/Happy-7th-Birthday-My-FirstbornDaddy-waited-4.5-years-for-your-arrival-when-mommy-said-u-were-.webp)
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dengan sikap Ace yang berhati mulia mahu membantu mereka yang memerlukan, malah ramai yang mendoakan agar si kecil ini membesar menjadi anak yang baik dan berbakti kepada ibubapanya itu.
“Mulia hatimu Ace 🤍🤍.”
“Allahu..auntie doakan Ace membesar jadi anak yang baik akhlaknya anak yang soleh. ❤️❤️❤️ Aamiin ya rabbia alamin.”
“Alhamdulilah mashallah it’s a blessing you have Ace your son having a kind heart it’s gifted by Allah to help others Allah bless you and family.”
“Mesti air mata bergenang kan tu doc, kita pun macam tu bila anak buat any good deeds.”
“Terus berbuat baik anak soleh. Ya Allah kurniakanlah segala yang terbaik untuk anak soleh ini sekeluarga.”
Sekadar info, Dr Say Shazril dan isteri, Dr Azura Abas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2014. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Aezriel (Ace), dan Sefriel, dan Zeqriel.
Dr Say Shazril Terharu Lihat Anaknya Mahu Bantu Peminta Sedekah [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
You must be logged in to post a comment.