SPRM Perlis tahan 2 lelaki kes tuntutan palsu lebih RM2 juta

SPRM Perlis tahan 2 lelaki kes tuntutan palsu lebih RM2 juta

SPRM Perlis tahan 2 lelaki kes tuntutan palsu lebih RM2 juta

KANGAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan dua lelaki, hari ini, bagi membantu siasatan kes disyaki tuntutan palsu membabitkan peruntukan lebih RM2 juta pada 2022.

Kedua-dua lelaki berusia 43 dan 50 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini kira-kira jam 4.10 petang tadi.

Menurut sumber SPRM, mereka dipercayai menggunakan lima syarikat pembinaan bagi projek penyelenggaraan, penambahbaikan dan membaik pulih fasiliti lima sekolah menengah di Perlis membabitkan peruntukan RM2.459 juta.

“Bagaimanapun, dua individu itu dilepaskan dengan jaminan SPRM pada jam 9.30 malam ini,” katanya.

Kedua-dua individu itu pernah ditangkap SPRM Selangor pada 2023 berkaitan projek sama di negeri berkenaan dan telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin


Sementara itu Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani, mengesahkan dua lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

SPRM Perlis tahan 2 lelaki kes tuntutan palsu lebih RM2 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker