Najib tidak dilupakan, UMNO terus tuntut keadilan buat mantan Presiden UMNO – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa beliau terus menuntut keadilan buat mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara.

Jaminan tersebut disuarakan Zahid Presiden UMNO bagi menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Najib tidak berpuas hati dengan kepimpinan UMNO dan Kerajaan Perpaduan ekoran nasibnya yang berdepan hukuman penjara.

Di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan Kerajaan Perpaduan serta lebih 6,000 perwakilan UMNO, Ahmad Zahid berkata, UMNO tetap akan memperjuangan nasib bekas Ahli Parlimen Pekan itu kerana perjuangannya dengan parti terus subur meskipun beliau kini di sebalik tirai besi.

“Walaupun secara fizikal beliau (Najib) tidak bersama kita, tetapi jiwa dan roh beliau tetap bersama kita. Semangat beliau tetap bersama kita.  Kita berikan laungan semangat untuk beliau, kita mahukan keadilan buat Datuk Seri Najib Tun Razak,  kita mahu keadilan diberikan kepada beliau sebagai seorang manusia,” katanya dalam ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di ibu negara hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pendirian UMNO tidak pernah berubah dalam membela nasib Najib seperimana ditetapkan Ahli Majlis Tertinggi (MT) sebelum ini.

“Kita di sini beliau di sana, yakinlah semangat beliau (Najib) tetap di Dewan Merdeka pendirian UMNO tidak pernah berubah untuk bela dan beri kebebasan untuk Najib. Kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan keluarga, sabar, Allah akan melunaskan segala doa kita semua bersama beliau  dan ahli keluarga,” kata Ahmad Zahid.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut memberikan bukti bahawa Najib tidak pernah mengkhianati parti itu dan mengeluarkan sebarang arahan untuk menyerang Presiden atau mana-mana komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

‘Bukti’ tersebut disampaikan anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mohd. Nizar Najib menerusi  klip video semasa ucapan Ahmad Zahid yang disaksikan seluruh tetamu khas dan perwakilan itu.

“Saya sedar ada permainan di luar sana yang kononnya menyatakan ayahanda saya marah dengan Kerajaan Perpaduan sekarang dan minta kita serang institusi presiden

“Apa yang ingin saya tegaskan di sini, ayahanda saya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk kita serang institusi presiden ataupun mana-mana komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

“Beliau  tidak pernah menyatakan sedemikian,  malah beliau tuntut supaya kita setia dengan parti UMNO dan menghormati institusi Presiden yang kini diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Itu pesanan beliau,” kata Mohd. Nizar.

Mohd. Nizar menambah, semua itu hanyalah permainan persepsi oleh sesetengah pihak yang cuba mengelirukan ahli-ahli UMNO supaya menyokong parti lawan.

“Ayahanda saya tidak pernah menyuruh ahli UMNO supaya membelakangi Kerajaan Perpaduan dan menyokong Perikatan Nasional itu tidak pernah berlaku,” tegasnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker