Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik

Pemilihan surah al-Jumuah sempena World #QuranConvention pada tahun hadapan bukan sahaja membentuk kerangka perwatakan ummah tetapi juga membawa naratif pemikiran positif dan bersangka baik dalam menjalani kehidupan.

Pengarah Bayyinah Institute merangkap penceramah program tersebut, Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.

Menurutnya, pada peringkat pertama surah tersebut mengajar masyarakat tentang pembentukan karakter manusia seperti diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

“Di awal ayat, ALLAH telah menyatakan keadaan umat manusia di peringkat awal kejadian sehingga di masa hadapan, manakala peringkat kedua pula mengenai umat Bani Israel dan ketiga ialah berkaitan solat Jumaat.

“Ketiga-tiga perkara ini seolah-olah tiada kaitan, namun ia merupakan gagasan yang membentuk pemikiran sosial masyarakat pada hari ini.

“Surah ini mengajar kita untuk sentiasa bersangka baik kepada ALLAH walaupun terdapat ujian yang menimpa manusia,” katanya dalam majlis misi memperkenalkan Surah Al-Jumuah 2024, dalam agenda Ummah #GrandReset di Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, pada hari konvensyen tersebut seramai 500 anak muda akan menyertai program ‘Young Muslim Leaders for the World’.

Ujarnya, kumpulan anak muda itu
terdiri daripada pemimpin pelajar, pelajar universiti dari dalam dan luar negara, golongan elit, mahupun anak muda ‘underground’.

Jelasnya, ia bertujuan untuk membina pemimpin muda melalui kerangka kerja 52 kali setahun pada setiap Jumaat, pada tahun hadapan.

“Kita mengharapkan agar anak-anak muda ini dapat membina projek legasi membawa nilai-nilai mulia ke dalam keluarga, universiti, organisasi, negeri dan negara.

“Program ini juga dapat membina kebaikan dalam kumpulan masing-masing berpandukan surah al-Jumuah,” ulasnya. Sinar

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker