Nelayan laut dalam tangkap jerung alien

Nelayan laut dalam tangkap jerung alien

Seorang nelayan di Sydney, Australia menangkap seekor seekor jerung daripada spesies jarang ditemui yang mempunyai sepasang mata amat ganjil, lapor akhbar New York Post semalam.

Trapman Bermagui memuat naik gambar hidupan marin itu di laman Facebook selepas menangkapnya dari laut pada kedalaman 560 meter(m).

Dia percaya haiwan tersebut adalah sejenis jerung berkulit kasar dan hidup di laut dalam.

Penemuan luar biasa itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial, sekali gus menjadikan hantaran tersebut tular.

“Laut dalam adalah dunia lain,” kata seorang pengguna.

Sementara itu, menurut beberapa pakar, haiwan tersebut berkemungkinan adalah jerung ‘dogfish’ berkulit kasar yang turut dikenali sebagai Centroscymnus owstoni.

“Dalam kajian laut dalam saya, kami telah menangkap beberapa ekor jerung seumpama itu di Teluk Mexico dan Bahamas.

“Ia tergolong dalam kumpulan Somniosidae atau jerung tidur iaitu keluarga yang sama dengan jerung Greenland tetapi spesies yang nyata lebih kecil,” kata Pengarah Kajian Bersekutu di Makmal Pantai dan Laut Universiti Florida, Dean Grubbs.

Tambahnya, dia kerap menemui jerung ‘dogfish’ itu pada kedalaman antara 731 m hingga 1,158 m.

Bermagui turut bersetuju bahawa jerung itu boleh ditemui pada kedalaman melebihi 182 m.

“Kebiasaannya kami menangkap jerung ini pada musim sejuk,” katanya. K Online

Nelayan laut dalam tangkap jerung alien


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker