Ambulans Sampai Lambat Sangat, Mangsa Kemalangan Ke Hospital Dengan ‘Bulldozer’ [VIDEO]

Ambulans Sampai Lambat Sangat, Mangsa Kemalangan Ke Hospital Dengan ‘Bulldozer’ [VIDEO]

SEBUAH jengkaut terpaksa digunakan untuk menghantar seorang mangsa kemalangan ke hospital kerana ambulans mengambil masa yang lama untuk tiba di lokasi kejadian.

Dalam insiden yang berlaku pada Isnin di Madhya Pradesh, India, seorang pemuda cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal.

Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Mahesh, 25, mengalami kecederaan serius pada kakinya akibat kemalangan tersebut.



Penduduk tempatan berkata, sejurus kemalangan berlaku, mereka segera menghubungi ambulans untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital.

Bagaimanapun ambulans tidak kunjung tiba walaupun selepas setengah jam dihubungi.

Orang awam turut meminta bantuan pemandu beca, namun tiada yang menghulurkan pertolongan.

Bimbang melihat keadaan mangsa yang agak teruk, seorang pemilik kedai runcit mengangkat mangsa dan meletakkannya di dalam penyodok jengkaut dengan bantuan orang awam, dan membawa pemuda tersebut ke hospital dengan jentera tersebut. – India.com



Ambulans Sampai Lambat Sangat, Mangsa Kemalangan Ke Hospital Dengan ‘Bulldozer’ [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin



Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker