22 TAHUN BEROPERASI – NTV7 UCAP SELAMAT TINGGAL, BERI LALUAN KEPADA DIDIK TV KPM

Saluran televisyen Natseven TV Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai ntv7 akhirnya mengucapkan selamat tinggal setelah lebih 22 tahun bersiaran, bagi memberi laluan kepada saluran khusus tv pendidikan baharu iaitu DidikTV KPM yang akan memulakan siarannya pada Khamis.

Image_1.jpg

Pelbagai program menarik yang disiarkan oleh stesen televisyen itu antaranya seperti sitkom ‘Spanar Jaya’, ‘Phua Chu Kang’ serta siri kartun kegemaran ramai, ‘Doraemon’ dan ‘Shin Chan’.

Sementara itu, DidikTV KPM akan bersiaran bermula pukul 7 pagi sehingga pukul 12 tengah malam setiap hari, merupakan usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Majlis pelancaran akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu pukul 8 pagi dan akan disiarkan menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI).

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan KPM, DidikTV akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM dan boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran NTV7 di TV Unifi.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Lim Kit Siang ucap tahniah kepada KJ

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker