Insiden Lori Rempuh Motosikal : Mangsa Dirempuh Lori Tak Sempat Tatap Wajah Anak Pertama

Insiden Lori Rempuh Motosikal : Mangsa Dirempuh Lori Tak Sempat Tatap Wajah Anak Pertama

ALOR SETAR: Salah seorang daripada dua mangsa yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 92.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bedong semalam tidak sempat menatap wajah anak pertamanya yang dijangka dilahirkan beberapa bulan lagi.

Menurut Suriyana Abdul Razak, 26, suaminya, Muhammad Khairul Azwan Maula Hashim, 31, yang maut dalam kejadian itu merancang membeli barang keperluan bayi pada hujung minggu ini.

“Suami sebenarnya cukup teruja menanti kelahiran anak sulung ini setelah kami bernikah pada Oktober tahun lalu. Dia juga sering bercerita mengenai kandungan ini yang sudah masuk lima bulan kepada ibunya, Shukina Sharif, 56.

“Namun semalam takdir menentukan yang arwah pergi meninggalkan kami,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Kubang Siam di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang semalam, sebuah lori merempuh sembilan motosikal yang sedang berteduh daripada hujan lebat di bawah jejambat hingga mengakibatkan dua individu maut di lokasi kejadian.

Selain Muhammad Khairul Azwan, seorang lagi individu yang maut ialah Mohd. Amirul Ismail, 28.

“Sebenarnya suami saya baru saja bekerja sebagai pemandu lori di sana selepas lebih dua tahun bekerja di Langkawi. Selepas kejadian itu berlaku, saya langsung tidak tahu mengenainya kerana sedang bekerja dan tidak melihat klip video dan gambar yang tular di media sosial.

“Hanya selepas pulang kerja kira-kira pukul 7 petang, saya menerima panggilan daripada pihak polis memaklumkan suami meninggal dunia akibat kemalangan,” katanya.

Dalam pada itu, Shukina berkata, Muhammad Khairul Azwan kebiasaannya akan menaiki kereta api untuk berulang-alik ke tempat kerja memandangkan keadaan cuaca tidak menentu kebelakangan ini.

“Saya sebenarnya sudah beberapa kali menasihatinya agar tidak menaiki motosikal ke tempat kerja namun dia bertegas untuk menggunakan motosikal dengan alasan lebih mudah untuk pulang ke rumah jika berlaku kecemasan,” katanya.

Menurutnya, jenazah Muhammad Khairul Azwan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Kubang Siam di sini setelah segala prosedur di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani selesai. – UTUSAN

Insiden Lori Rempuh Motosikal : Mangsa Dirempuh Lori Tak Sempat Tatap Wajah Anak Pertama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker