Enakmen syariah Kelantan batal: Lebih 500 orang sedang berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman

PUTRAJAYA: Lebih 500 orang berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman di sini, susulan keputusan akhir petisyen dikemukakan seorang peguam dan anaknya bagi mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Himpunan Selamatkan Syariah itu turut dihadiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob; Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadli Shaari dan Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman.

Turut kelihatan hadir pada himpunan sama termasuk Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin dan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.



Mereka berkumpul sejak jam 8.30 pagi tadi.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan dijadual memutuskan keputusan akhir petisyen dikemukakan seorang peguam dan anaknya bagi mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Peguam terbabit, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan 18 kesalahan syariah dalam enakmen Kelantan atas alasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bertindak melangkaui bidang kuasa.

Mereka juga memohon mahkamah mengisytiharkan DUN Kelantan tidak mempunyai kuasa membuat enakmen berkaitan kesalahan jenayah syariah yang terpakai kepada orang Islam saja.



Petisyen yang penuh kontroversi berkenaan sebelum ini mendapat perhatian banyak pihak terutama bantahan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

BERITA BERKAITAN

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab



Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker