Minneapolis benarkan laungan azan dengan pembesar suara
Minneapolis benarkan laungan azan dengan pembesar suara
Laungan azan menerusi pembesar suara kini dibenarkan di salah sebuah bandar di Amerika Syarikat (AS), Minneapolis.
The Siasat Daily melaporkan, bandar di Minnesota itu membenarkan masjid setempat melaungkan azan menggunakan alat pembesar suara.
Majlis bandar raya meluluskan rang undang-undang yang dibentangkan oleh ahli majlis, Jamal Osman.
Mengikut rang undang-undang itu, laungan azan dibenarkan antara 7 pagi hingga 10 malam, namun tahap bunyi mesti dipatuhi.
Sambil mengalu-alukan keputusan majlis itu, Osman memberitahu, ia langkah tepat ke arah kesaksamaan agama.
Mengikut keputusan majlis bandar raya, masjid dibenarkan untuk melaungkan azan melalui pembesar suara tiga kali sehari, kecuali pada waktu solat Subuh dan Isyak.
Sambil menyatakan rasa gembira atas keputusan itu, Jamal berkata, keputusan berkenaan adalah tanda kesaksamaan dan komuniti yang telah kita bina di sini.
“Ini adalah AS dan kami dibenarkan berkongsi kepercayaan kami dari atas bumbung, sama seperti orang lain”, katanya.
Azan pertama kali dibenarkan di AS di Hamtramck, Michigan, berikutan keputusan kerajaan tempatan pada 2004.
Kemudian, Dearborn menjadi bandar pertama dari negeri yang sama membenarkan laungan azan menerusi pembesar suara.
Dearborn adalah salah satu bandar di AS yang mempunyai majoriti Muslim. HM
Minneapolis benarkan laungan azan dengan pembesar suara
Baca Artikel Menarik:
- Pandu 130km cari line internet, belajar dalam bonet kereta (Video)
- GOpinjam macam lintah darat, pengguna persoal kadar faedah setinggi 36%
- Aizat, Elyssa Bahagia Jalin Cinta, ‘Dia Ajak Saya Solat Bersama, Terus Jatuh Hati’ – Elyssa
- Kes saman: Saya tak pernah rayu sokongan mana-mana parti – Ismail
- Ceti Haram Salah Alamat
- Syamsul Debat, Dusuki dilarang ceramah di Selangor?
- Wanita Rusia adakan kempen gunting beg Chanel
- Nelayan Rusia temui anak naga
- Zamani Slam goyang jadi juri
- Pemandu Kurier Lesap Hantar Beg Louis Vuitton Harga RM6.5k
- Geng YakYakYeh, dulu plastik hitam kini beg hitam!
- Pekerja dikenakan tindakan kerana diskriminasi kaum – Mr DIY
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara
‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan
You must be logged in to post a comment.