Peniaga warga asing ludah penguat kuasa DBKL ditahan

Peniaga warga asing ludah penguat kuasa DBKL ditahan

Polis menahan dua peniaga warga asing yang meludah dan melakukan provokasi terhadap penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Pusat Bandar Utara, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Heisham Harun berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan di kawasan kaki lima berhampiran sebuah bank.



“Pasukan penguat kuasa melihat dua individu sedang berniaga di kawasan larangan dan bertindak menyita barangan mereka.

“Namun keadaan menjadi kecoh apabila kedua-dua warga asing berkenaan enggan bekerjasama dan melakukan provokasi yang agresif dengan menepis tangan pihak berkuasa yang sedang merakam gambar sehingga menyebabkan telefon bimbit jatuh dan rosak.

“Mereka juga mengeluarkan kata-kata kesat serta meludah ke arah muka salah seorang penguat kuasa DBKL serta bertindak mengoyakkan baju sendiri dan menuduh perbuatan itu dilakukan oleh pihak penguat kuasa bagi mengelak ditangkap,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Heisham berkata, susulan kejadian itu, polis menahan pasangan warga asing berusia 34 dan 38 tahun yang terbabit dalam insiden berkenaan.



“Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau. Suspek kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bermula hari ini sehingga 22 April bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya. HM

Peniaga warga asing ludah penguat kuasa DBKL ditahan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia



‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker