Isteri hiris alat sulit suami guna sabit
Isteri hiris alat sulit suami guna sabit

JAKARTA – Seorang wanita hanya dikenali sebagai AA dan berasal dari Daerah Lumajang, wilayah Jawa Timur, ditangkap kerana disyaki mencederakan alat sulit suaminya yang dikenali sebagai AF dengan menggunakan sebilah sabit, lapor laman berita lambe turah.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Mukim Kunir, Lumajang pada Jumaat lalu kira-kira pukul 8 pagi (waktu tempatan) ketika suaminya tidur.
Pegawai Hubungan Awam Polis Daerah Lumajang, Inspektor Dua Suprapto, mengesahkan kejadian berkenaan.
“Ketika kejadian, mangsa sedang tidur di dalam biliknya,” kata Suprapto.
Kejadian bermula apabila AA mengambil sebilah sabit yang berada di bahagian belakang rumah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Teruskan Momentum, Tarik Lebih Banyak Pelaburan
- Semarak Jiwa Patriotik, Kecintaan Kepada Negara Sempena Bulan Kebangsaan – Isam
- Jangan Korbankan MARA Demi Politik – Mohamad Fazly
Dia kemudian masuk ke dalam bilik dan menghampiri suaminya yang sedang tidur.
Suspek seterusnya mencederakan alat sulit mangsa menggunakan sabit sehingga AF mengalami cedera parah.
“Mencederakan kemaluan mangsa dengan cara menghirisnya menggunakan sabit,” kata Suprapto.
Selepas melakukan tindakan tersebut, AA sempat melarikan diri.
Dia bagaimanapun berjaya ditahan oleh ketua kampung bersama penduduk setempat.
Polis masih menyiasat motif serangan. Bagaimanapun, maklumat awal mendakwa kejadian itu disyaki berkaitan dengan isu curang. – AGENSI
Isteri hiris alat sulit suami guna sabit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nilai Semula, Petugas PDK Tulang Belakang Anak Istimewa – Khairul Azwan
- ‘Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Cinta Negara’
- KPK Jadi Rakan Strategik, Pastikan Industri Getah Berdaya Saing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.