PAS tamak, tak realistik – penganalisis

PAS tamak, tak realistik – penganalisis

Tindakan PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) dilihat sebagai titik permulaan yang mengeruhkan kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).

Beberapa penganalisis politik percaya kerjasama itu sudah selayaknya dikuburkan selepas kedua-dua parti itu sudah tidak sefahaman, dengan tanggungjawab mengisytiharkan pembubaran MN dilihat berada pada bahu PAS.



Felo Penyelidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata PAS mengabaikan ikatan dengan UMNO apabila bertindak menjalin hubungan dengan BERSATU dan menyertai PN.

Tindakan PAS itu dipercayai didorong oleh sikap tamak apabila parti itu diberi pelbagai jawatan dan pengaruh dalam Kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) oleh Perdana Menteri sebelum ini daripada BERSATU.

“Sepatutnya PAS berbincang dahulu dengan UMNO kerana hakikatnya, sukar untuk UMNO bekerjasama dengan BERSATU memandangkan mereka adalah musuh sejak pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Ibaratnya, jika UMNO mahu bekerjasama dengan AMANAH, tentunya PAS kurang selesa. Hubungan PAS dan UMNO sekarang makin kabur dengan pemimpin berbalas kenyataan, termasuk ada yang melukakan hati akar umbi UMNO sekali gus sukar untuk ahli UMNO menerima PAS lagi,” katanya kepada BH, hari ini.



Ditanya faktor utama kerjasama MN semakin goyah, Awang Azman menuding jari pada PAS yang dilihat lebih mengutamakan kedudukan, selain tidak realistik dalam hubungan kedua-dua parti itu.

“Puncanya lebih kepada sifat tamak, selain PAS tidak realistik apabila membuat tuntutan yang tidak munasabah dengan memohon jumlah kerusi yang banyak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, sedangkan mereka tiada pengaruh kuat di negeri itu.

“Selain itu, PAS juga terlalu terhutang budi pada BERSATU yang memberikan kedudukan yang terbesar dalam sejarah politik PAS, malah lebih besar berbanding ketika menyertai BN pada 1970-an.

“UMNO dan BN perlu bergerak ke depan dan tinggalkan MN dan PAS yang seolah-olah masih meroyan dan cuba meletakkan diri mereka sebagai mangsa keadaan dengan menyalahkan UMNO,” katanya.



Sementara itu, Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berpandangan PAS perlu berhenti bermain tarik tali dan menyatakan pendirian sama ada mahu kekal bersama MN atau memilih PN.

Beliau percaya kerjasama MN sukar untuk dikekalkan sekiranya PAS kekal dalam PN berikutan permusuhan antara BERSATU dan UMNO.

“Status MN bukan lagi tanggungjawab UMNO, tapi pada PAS yang kena tetapkan pendirian, kerana kesannya adalah rakyat akan menolak PAS yang dilihat sebagai parti yang tiada pendirian, hingga mereka dilabel ‘pelacur politik’.

“Akar umbi UMNO juga semakin menolak PAS, dan pemimpin PAS pula mula mengkritik PAS menggunakan istilah yang agak kasar. Jika sudah tiada persefahaman, tinggalkanlah (MN),” katanya.



Mengulas faktor perpecahan MN, Mohd Azizuddin melihat ia berikutan kedua-dua PAS dan UMNO mahu mendominasi gabungan itu, menyebabkan perebutan kuasa berlaku secara tidak langsung.

PAS dilihat mahu menjadi dominan dalam mana-mana gabungan yang disertainya, seperti Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, dan akan keluar daripada gabungan itu jika hasrat itu tidak tercapai.

“Perjuangan PAS dan UMNO lebih kurang sama, tapi dominasi politik dan isu perkongsian kerusi menyebabkan mereka tidak boleh bersama dalam satu gabungan.

“Contohnya di Johor, PAS minta untuk bertanding lebih banyak kerusi daripada UMNO, sedangkan jelas UMNO lebih berpengaruh di Johor berbanding PAS.



“UMNO tawarkan empat kerusi yang pasti menang kepada PAS, namun PAS memilih BERSATU kerana mereka rasa boleh bertanding lebih banyak kerusi, selain terhutang budi dengan kedudukan dan dana yang diterima daripada BERSATU,” katanya. BH

PAS tamak, tak realistik – penganalisis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker