Ulama hadis ternama keturunan cucu Rasulullah datang ke Malaysia

Ulama hadis ternama keturunan cucu Rasulullah datang ke Malaysia

Walaupun jadual lawatan amat padat, seorang ulama hadis ternama dari Mesir sempat meluangkan masa dengan bertemu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di sini hari ini.

Dr. Syeikh Mustafa Abu Sulayman al-Nadwi mengunjungi bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu di Nasyrul Quran di Presint 14, di sini dan melawat kompleks kilang percetakan kitab suci tersebut.



Berita gembira tersebut dimaklumkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu melalui hantaran dalam akaun sosialnya yang turut meraih lebih 3,000 tanda suka.

“Tengah hari ini, saya ke Nasyrul Quran bagi meraikan ketibaan Al-Muhaddith Syeikh Mustafa Abu Sulayman al-Nadwi, sahabat saya yang juga ulama besar hadis dari Mesir,” nukil beliau.

Tokoh tersebut atau nama sebenarnya Abdul Karim as-Sayyid al-Badawi Ahmad Sulayman, dilahirkan di perkampungan Sanbakht Aga, wilayah Mansurah, Mesir pada 19 Mei 1955.

Bapa beliau merupakan ulama qiraat dan syeikh tarekat al-Qahwajiah al-Syazuliah dengan nasab keturunan yang bersambung terus kepada Husain Ali, iaitu cucu Nabi Muhammad SAW.



Syeikh Mustafa ialah anak bongsu daripada empat adik-beradik dan beliau pernah memasuki sebuah sekolah sains di Mesir dengan cemerlang dalam fizik, kimia, biologi dan matematik.

Meskipun asalnya mahu menjadi doktor perubatan, namun, beliau melanjutkan pengajiannya dalam bidang agama dan memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) di Darul Nadwah, Mesir.

Mengulas lebih lanjut, Zulkifli menambah, Syeikh Mustafa datang ke Malaysia atas kapasiti sebagai Felo Jemputan di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Unipsas) di Kuantan.

“Saya turut mempelawa beliau untuk hadir bagi menyampaikan Syarahan Perdana di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah USIM.



Malaysia ujarnya, adalah seumpama rumah kedua buat Syeikh Mustafa kerana ramai anak muridnya sendiri pun berada di seluruh negara dan kini berkhidmat dalam pelbagai jawatan.

Zulkifli pada masa sama mendoakan semoga Allah memanjangkan keberkatan umur tokoh ilmuwan hadis tersebut untuk dapat terus menyumbang bakti kepada ummah Islam sejagat. Utusan

Ulama hadis ternama keturunan cucu Rasulullah datang ke Malaysia


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]



Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker