Pemuda UMNO gesa Zafrul tarik balik penguatkuasaan caj RM1 melalui ATM MEPS

Pemuda UMNO gesa Zafrul tarik balik penguatkuasaan caj RM1 melalui ATM MEPS

Pemuda UMNO Malaysia menggesa Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mempertimbangkan semula penguatkuasaan caj RM1 bagi setiap pengeluaran wang tunai antara bank (MEPS) di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penguatkuasaan yang bermula 1 Februari lalu merupakan tindakan tidak prihatin kerajaan kepada keadaan semasa rakyat.

“Ketika ini rakyat masih lagi bergelut dengan kekurangan tunai dan peluang pekerjaan yang rendah serta harga barangan keperluan asas yang berterusan mencanak naik.



“Malah, tinjauan ekonomi bagi tahun 2022 juga menjangkakan prospek pemulihan ekonomi yang lembab bakal meningkatkan lagi kos sara hidup rakyat.

“Sudahlah moratorium pinjaman bank mulai berakhir, manakala sehingga hari ini #TuntutanRakyat untuk pengeluaran kali terakhir RM10,000 wang simpanan KWSP mereka juga masih dipandang sepi oleh kerajaan,” katanya menerusi hantaran facebooknya, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, mulai 1 Februari 2022, caj transaksi pengeluaran RM1 menerusi mesin pengeluaran ATM dikuat kuasa semula kepada pelanggan.

Beberapa bank antaranya Maybank, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank, RHB Bank, Citibank dan HSBC memuat naik notis itu di platform media sosial masing-masing pada pertengahan Disember lalu.



Menerusi makluman di media sosial, Maybank menyatakan mulai 1 Februari, caj transaksi pengeluaran tunai antara bank di ATM dilaksanakan semula.

“Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di ATM Maybank,” demikian menurut bank itu.

Mengulas lanjut, Dr. Asyraf berkata, bagi memastikan konsep dan falsafah Keluarga Malaysia dirasai rakyat kebanyakan, adalah perlu untuk kerajaan meneruskan pengecualian caj RM1 itu sekurang-kurang satu tahun lagi.

Ujar beliau, Pemuda UMNO Malaysia tidak melihat ada sebarang masalah bagi bank-bank utama tempatan untuk menyerap caj RM1 berkenaan demi rakyat kerana semakan keuntungan terkumpul bagi tahun 2021 sehingga 30 September 2021 (9M/2021) mencecah puluhan bilion ringgit.



Beliau turut menyenaraikan keuntungan terkumpul bank-bank iaitu Maybank sebanyak RM6.04 bilion, Public Bank (RM4.28 bilion), CIMB (RM3.44 bilion), Hong Leong Bank (RM2.17 bilion), RHB (RM1.99 bilion).

Diikuti AMMB mencatat keuntungan RM707.64 juta, Bank Islam (RM454.67 juta), Affin Bank (RM320.09 juta) dan Alliance Bank (RM315.75 juta).

Justeru, tegas beliau, Pemuda UMNO mendesak agar Menteri Kewangan untuk lebih berpihak kepada rakyat yang sedang susah dan gelisah dengan memenuhi tuntutan mereka termasuk menarik balik keputusan mengenakan caj pengeluaran itu. MG

Pemuda UMNO gesa Zafrul tarik balik penguatkuasaan caj RM1 melalui ATM MEPS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker