KPT tanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline

SHAH ALAM – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/Unik ID kepada pemohon kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2022/2023.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, ia membabitkan pemohon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Asasi, Matrikulasi dan Diploma atau setaraf bagi sesi akademik tersebut.

Beliau berkata, permohonan kemasukan akan dibuka mulai 4 Februari sehingga 31 Mac ini.

“Sehubungan itu, pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA.

“Kerajaan dan KPT khususnya amat prihatin akan kekangan dan kesan sekiranya pemohon diwajibkan membeli nombor pin Unik ID Bank di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan UPUOnline.

“Justeru, KPT berharap agar keputusan ini dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

KPT sebelum ini turut bersetuju memberikan pengecualian bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon pada tahun lali bagi sesi akademik 2021/2022.

KPT tanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker