Dari Mana Muhyiddin Dapat Dana RM600bilion, Wan Saiful Wajib Jawab

Oleh Nurul Aishah

AKHIRNYA Muhyiddin terjerat dalam penipuan beliau sendiri. Sebelum ini Muhyiddin tanpa segan silu memfitnah kononnya Pakatan Harapan mewarisi kerajaan yang sudah bankrap dari Barisan Nasional.

Persoalannya dari mana pula Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional dapat dana RM600 bilion untuk mereka belanjakan?



Semalam, Ketua Penerangan PPBM merangkap penulis buku manifesto bukan kitab kecil berkata dalam ceramah bahawa:

“Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu adalah contoh terbaik dalam menjaga kebajikan rakyat.

Tak pernah ada jumlah dana banyak diperuntukkan untuk membantu rakyat dalam sejarah negara. Tetapi Muhiyddin buat, itu yang kita nak Ismail teruskan,”.

Muhyiddin sendiri pernah berkata dia berbelanja sebanyak RM600 bilion dalam tempoh 1 1/2 tahun (tanpa hasil yang nyata) sehingga kerajaan dah tak ada banyak wang.



Dalam hantaran di facebook, Datuk Seri Najib mengajukan soalan terhadap Wan Saiful,

Dari mana PM8 dan kerajaan PN dapat dana RM600 bilion untuk mereka belanja sedangkan Muhyiddin pernah kata PH mewarisi kerajaan yang sudah bankrap dari BN?

Adakah PM8 menabung dari kecil atau Guan Eng kumpul untuk dia? Atau adakah PPBM dan PH menipu ataupun Mahathir akhirnya jujur apabila dia mengaku bahawa kerajaan BN dahulu tinggalkan rizab sebanyak RM2 trilion (yang dinaikkan RM1.2 trilion dari RM800 bilion dalam tempoh saya PM)?

Dalam perkara ini Wan Saiful sebagai Ketua Penerangan PPBM wajib jawab.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker