Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Jong-un berjalan dalam keadaan berhati-hati ketika menuruni sebuah cerun di sebuah tapak pembinaan ketika cuaca hujan pada Ogos lepas. – Korean Central TV

PYONGYANG – Sebuah video yang memaparkan keadaan Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, dalam keadaan seperti sukar untuk berjalan menjadi perhatian ramai selepas terdapat pelbagai spekulasi mengenai keadaan kesihatannya sebelum ini, lapor akhbar The Sun semalam.

Menerusi video terbaharu yang disiarkan dalam sebuah dokumentari bertajuk 2021: A Great Victorious Year terbitan stesen penyiaran tempatan, Korean Central TV itu, Jong-un memakai sehelai baju dan seluar yang longgar.

Beliau berjalan dalam keadaan berhati-hati ketika menuruni sebuah cerun di sebuah tapak pembinaan ketika cuaca hujan pada Ogos lepas.

“Beliau (Jong-un) menunjukkan sisi seorang bapa kepada rakyat Korea Utara dengan mengharungi salji, hujan dan angin ketika memikirkan keadaan negara dan penduduk yang dianggap seperti anaknya sendiri.

“Tubuh badannya benar-benar lesu dan beliau menunjukkan sisi keibuannya dengan menderita dan bimbang untuk merealisasikan impian setiap rakyat Korea Utara,” demikian menurut keterangan narator dokumentari tersebut.

Dokumentari tersebut dikeluarkan bagi menunjukkan keadaan tahun yang mencabar bagi Jong-un.

Ia juga membuktikan bahawa Jong-un menyedari keadaan paling sukar bagi krisis makanan di Korea Utara, di mana berjuta-juta penduduk negara itu dilaporkan berdepan dengan kebuluran.

Para pemerhati berpendapat, propaganda tersebut adalah cubaan untuk memutar belit keadaan berat badan Jong-un sebagai pengorbanan dan solidariti bersama penduduk yang sedang berlapar. – AGENSI


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker