“Saya dengar ‘mati mati mati’ dari mesin”

“Saya dengar ‘mati mati mati’ dari mesin”

Walaupun sudah boleh merayakan Tahun Baharu Cina bersama ahli keluarga pada tahun ini, tetapi pengalaman menerima rawatan di hospital kerana jangkitan COVID-19 pada tahun lalu masih menghantui Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong.

Michael yang terkenal kerana sering mengendalikan kes-kes aduan yang rumit hampir ditewaskan COVID-19 pada akhir tahun 2020 dan keadaan itu juga menyebabkan beliau terlantar di hospital dan berperang dengan maut semasa perayaan Tahun Baharu Cina 2021.



Mengimbas kembali kenangan pahit itu, Micheal berkata, beliau berada di dua buah hospital selama 15 hari dan 28 hari lagi di Hospital Sungai Buloh.

Menurutnya, ahli keluarga telah bersedia untuk kemungkinan terburuk, malahan seorang anaknya di Singapura telah dipanggil pulang ke tanah air oleh doktor.

“Masa itu saya terdengar suara dit dit dit dari mesin di hospital, tetapi bunyinya seperti mati mati mati di telinga saya,” katanya seperti dipetik Oriental Daily News.

Michael berkata, pengalaman di hospital sangat menakutkan dan beliau sendiri hampir berputus asa.



“Sangat sangat susah apabila saya dipasangkan dengan tiub di seluruh badan dan saya menangis kerana sangat sakit.

“Apabila saya keluar hospital, saya telah dicucuk hampir 300 kali dengan jarum,” katanya.

Beliau berkata, selepas tiub ditanggalkan, doktor mengarahkan dia untuk tidur secara meniarap seperti “superman” untuk membolehkan latihan pernafasan untuk peparu.

Tambahnya, pemulihan daripada COVID-19 juga tidak bererti segala telah kembali normal kerana doktor memberitahu, kesan berpanjangan dan kesan kerosakan COVID-19 mungkin terus menghantui.



“Ramai yang ingat semua akan jadi biasa selepas pulih, tetapi menurut doktor, 30 peratus pesakit yang pulih akan kembali ke hospital kerana berdepan kesan susulan daripada penyakit ini,” katanya. MG

“Saya dengar ‘mati mati mati’ dari mesin”


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah



‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker