Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik, Jom Kesana….

Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik, Jom Kesana….

PASTINYA anda tidak akan kehabisan tempat menarik untuk dikunjungi sekiranya berada di Melaka, negeri yang turut terkenal dengan legenda Hang Tuah.

Daripada lokasi tarikan pelancong, warisan peninggalan sejarah hinggalah ke keunikan asimilasi budaya serta tradisi rakyat termasuk Baba dan Nyonya, Melaka menjadi tempat percutian yang sangat berbaloi.



Dalam artikel Staycation – the Urban Escapade dibawakan khas oleh Tourism Malaysia pada kali ini, kami akan memfokuskan pelbagai lokasi wajib dilawati sekiranya anda melancong ke Melaka.

Apa-apa pun sebelum kita ‘proceed’… diingatkan untuk kekal menjaga prosedur operasi standard (SOP) ketika bercuti selain dapatkan suntikan vaksin penggalak terlebih dahulu untuk kita sama-sama mengekang penularan jangkitan COVID-19.

Perhentian Kuih Kampong, lebih 20 seleksi kuih-muih tradisional serta pelbagai lagi!



Mengidam kuih-muih tradisional dan moden? datang sahaja ke sini, terdapat lebih 20 jenis seleksi untuk anda cuba.

Turut dikenali sebagai kedai bawah pokok (kerana terletak berhampiran sebatang pokok Angsana tua), Perhentian Kuih Kampong sangat terkenal dengan pelbagai kuih-muih… daripada seleksi kuih tradisional hinggalah moden.

Perhentian Kuih Kampong yang terletak di Jalan Ujong Pasir, ia dibuka pada setiap hari kecuali hari Selasa dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.

Kesemua kuih yang dijual sangat sedap dan autentik, maka tidak hairanlah jika anda lihat ramai pelancong dalam serta luar negara datang menjamu selera di sini.



Terdapat pelbagai jenis ikan asam pedas yang disediakan di Perhentian Kuih Kampong.

Selain itu, kedai makan ini turut popular dengan pelbagai pilihan asam pedas yang enak dan rasanya setanding dengan asam pedas terkenal di Melaka. Kedai ini turut menawarkan aneka mi dan soto, nasi ayam serta pelbagai lagi menu.

Bersantai di Relish The Moment!

Kafe fancy ini menawarkan pengalaman yang menenangkan sebaik sahaja anda melangkah masuk kedalamnya.

Kafe mesra haiwan peliharaan (pet friendly) yang terletak di Jalan Kampung Pantai ini menawarkan pengalaman yang menenangkan sebaik sahaja anda melangkah masuk kedalamnya.



Ia juga berdekatan dengan Sungai Melaka dan sekiranya anda menaiki Melaka River Cruise, anda boleh lihat kedai ini dari dalam bot. Sangat fancy!.

Ini antara sajian eksperimentasi yang wajib anda cuba jika berkunjung ke Relish The Moment.

Relish The Moment menawarkan sajian eksperimentasi yang wajib anda cuba antaranya Commando Fries, Smoke Duck with Apple Puree, Vegetarian Nasi Lemak Spaghetti, Aglio Olio serta keunikan rasa Espresso Panna Cotta.

Panorama 360 darjah Bandaraya Melaka @ The Shore Sky Tower



Pemandangan panorama 360 darjah Bandaraya Melaka di The Shore Sky Tower.

Pengalaman mengujakan menanti pengunjung bagi melihat pemandangan panorama 360 darjah Bandaraya Melaka dari tingkat 43, The Shore Sky Tower.

The Shore Sky Tower menjadi antara lokasi tumpuan pelancong, di mana anda dapat menyaksikan pemandangan menarik sejauh 50 kilometer dari pelbagai sudut di sekeliling bumbung. Terdapat pagar perimeter dek yang dibina daripada kaca yang membolehkan anda see-through pemandangan di bawah anda.

Gayat? Masa untuk mencabar keberanian diri anda!



Dengan lantai kaca see-through yang unik, ia pastinya mencabar perasaan gayat anda.

Apa highlight di Melaka? Melaka River Cruise la!

Melaka River Cruise menjadi antara highlight di sini dengan menelusuri sungai Melaka yang turut menjadi ikon pelancongan negeri Melaka.

Melaka River Cruise merupakan antara aktiviti menarik yang mesti dilakukan bersama rakan-rakan dan keluarga.

Anda boleh meroka sejarah bandar raya ini dengan menaiki bot sekitar 45 minit menelusuri sungai Melaka yang juga merupakan ikon pelancongan negeri Melaka.

Night view cruise, anda pasti akan terpukau dengan keindahan pemandangan berlatarbelakangkan Kampung Morten.

Anda boleh menikmati pemandangan terbaik Melaka pada waktu siang dan jika ingin merasai pengalaman berbeza, boleh memilih untuk menaiki bot pada waktu malam.

Aktiviti bersama keluarga di Pantai Klebang

Di sini anda boleh menunggang kuda di sepanjang pantai selain menikmati suasana matahari terbenam pada waktu petang.

Pantai Klebang merupakan lokasi terbaik untuk anda meluangkan masa bersama keluarga kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini.

Anda boleh menunggang kuda di sepanjang pantai, bermain layang-layang, berkelah mahupun membina istana pasir serta menikmati suasana matahari terbenam.

Tidak jauh daripada pantai terdapat beberapa kedai makan dan cenderamata yang boleh dikunjungi. Antaranya kedai Klebang Original yang menjual coconut shake, perfect untuk hilangkan dahaga dengan keenakan rasanya.

Artisan tanah liat di The Clay House

The Clay House menyediakan kelas seramik selama satu jam 30 minit kepada pengunjung dengan bayaran hanya RM80 seorang.

Serlahkan kreativiti anda dengan membina perhiasan seramik seperti pasu, mangkuk yang berasaskan tanah liat di The Clay House!

The Clay House yang terletak di Jalan Tukang Emas ini menyediakan kelas seramik selama satu jam 30 minit kepada pengunjung dengan bayaran hanya RM80 seorang.

Perniagaan yang diasaskan oleh pasangan suami isteri ini sangat estetik selain anda juga boleh membeli perhiasan handmade ceramic yang dijual di kedai ini.

Keindahan senibina Peranakan Cina, Liu Men Melaka

Liu Men Boutique Hotel memberi refleksi ciri elegan dan ‘vibrant’ bersama gabungan dekorasi senibina kolonial serta rekaan Peranakan Cina.

Bagi penginapan pula, terdapat hotel-hotel yang berkonsepkan peranakan, butik dan hotel bajet menanti para pengunjung yang datang ke Melaka.

Liu Men Melaka memberi refleksi terhadap ciri elegan dan ‘vibrant’ bersama gabungan dekorasi seni bina kolonial serta rekaan Peranakan Cina.

Liu Men meraikan keharmonian antara Timur dan Barat dari segi budaya, varian warna dan reka bentuk yang melengkapi antara satu sama lain.

Setiap ruang di hotel ini dipenuhi dengan perincian yang sangat kemas selain penggunaan jubin bersama nilai estetik selain dihiasi pelbagai barangan antik.

Menyediakan keseluruhan sebanyak 30 bilik kepada para tetamu iaitu daripada pelbagai kategori bermula entry-level; Jebat sehingga suite Parameswara yang mewah dan luas.

Terletak di Jalan Tokong, Liu Men meraikan keharmonian antara Timur dan Barat dari segi budaya, varian warna dan reka bentuk yang melengkapi antara satu sama lain.

Rekaan industrial loft Rosa Malacca

Diilhamkan daripada reka bentuk gaya hidup industrial, Rosa Malacca turut mendapat pengiktirafan dan pelbagai anugerah di peringkat tempatan serta antarabangsa.

Berkonsepkan ‘Stay, Eat and Shop’, hotel gaya hidup’ Rosa Malacca menjadi antara penginapan yang wajib untuk anda inap sekiranya bercuti di Melaka.

Reka bentuk dalaman yang diilhamkan daripada reka bentuk gaya hidup industrial ini turut mendapat pengiktirafan dan pelbagai anugerah di peringkat tempatan serta antarabangsa.

Courtyard di Rosa Malacca menjadi antara selling point untuk anda menginap di sini.

Apa yang kami boleh katakan, Rosa Malacca adalah antara hotel paling ‘instagramable’ kerana setiap sudut hotel ini sangat cantik serta fancy.

Courtyard di Rosa Malacca menjadi selling point untuk anda menginap di sini… santai dan menenangkan. Ia mengetengahkan halaman dalaman dengan dinding kaca, siling setinggi tujuh tingkat dan hiasan landskap pokok-pokok hijau yang besar pada bahagian tengah.

Menerima pensijilan halal kafe Bica&Co Courtyard menyediakan pelbagai sajian harian masakan fusion termasuk beef rendang pizza, spaghetti ala nasi lemak.

Kafe Bica & Co Courtyard yang dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 malam telah menerima pensijilan halal. Kafe ini menyediakan sajian harian masakan fusion termasuk Beef Rendang Pizza, Spaghetti Ala Nasi Lemak, Bica Beef Burger dan Malaccan Crepe yang sangat popular. Selain itu, terdapat pelbagai jenis kopi barista di sini.

Backpacker, ini untuk anda!… Sleep Here Hostel Melaka

Penginapan hostel pada kadar rendah, namun pengalaman yang sangat selesa dan mewah.

Inginkan penginapan transit pada kadar rendah namun tidak berkompromi dari segi keselesaan? Sleep Here Hostel Melaka adalah tempat yang anda cari.

Sleep Here Hostel Melaka menyediakan ruang katil yang sangat privasi selain turut menyediakan compartment yang luas.

Terletak di Jalan Bunga Raya Pantai, domitori mewah ini menyediakan ruang katil yang privasi selain turut menyediakan compartment yang luas untuk menyimpan barangan peribadi.

Lokasi yang sangat strategik, hostel ini terletak berdekatan dengan pelbagai tempat tumpuan pelancong.

Lokasi hostel ini sangat strategik kerana ianya terletak berdekatan dengan pelbagai lokasi tumpuan pelancong dan hanya walking distance ke Kampung Morten dan The Shore Sky Tower.

Berkonsepkan minimalis dan kemas, Sleep Here Hostel Malacca menyediakan keseluruhan enam domitori serta pelbagai fasiliti asas.

Mengetengahkan konsep minimalis dan kemas, Sleep Here Hostel Melaka menyediakan keseluruhan enam domitori serta fasiliti asas dan ruang santai yang dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi. Terdapat juga sebuah kafe di tingkat bawah yang menawarkan pelbagai sajian lazat tempatan.

Fasiliti tempat membersih diri yang kemas, selesa dan bersih.-AA
Haa, banyakkan tempat yang menarik di Melaka? Jom cuti-cuti Malaysia!.

*Artikel ini dibawakan oleh Tourism Malaysia

Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik, Jom Kesana….

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker