Pemimpin Pas Keliru Dan Bercelaru – Isham Jalil

Pemimpin Pas Keliru Dan Bercelaru – Isham Jalil

Semalam seorang pemimpin Pas dengan tidak semena-mena telah memanggil UMNO pengkhianat. Ini selepas Presiden mereka (Pas) telah panggil UMNO binatang yang patah kaki beberapa hari lalu.

Saya lihat pemimpin-pemimpin Pas ini sudah keliru dan bercelaru kepala. Mungkin mereka koyak dan rasa bersalah ataupun mungkin mereka berada dalam sindrom penafian sebab di dalam hati mereka, mereka tentunya tahu pengkhianat sebenar adalah pelompat parti yang ramai dalam PPBM, parti yang pemimpin-pemimpin Pas ini hendak sangat pertahan dan bersedudukan itu.

Sebelum ini di PRN Melaka mereka telah tuntut banyak kerusi walaupun sebelum itu mereka tidak menang satu kerusi pun, dan apabila mereka tolak kerusi yang kita tawarkan kedengaran khabar-khabaran yang beberapa pemimpin Pas ingin “ajar” UMNO di Melaka. Kini mereka ingin “ajar” kita di Johor pula. Adakah ini semangat muafakat yang Pas bawa?

Dan jika mereka muhasabah, tentunya mereka sedar pihak yang sebenarnya mengkhianati Muafakat Nasional adalah mereka (pemimpin Pas) sendiri apabila mereka mendaftar Perikatan Nasional (PN) dengan PPBM iaitu parti pengkhianat mandat rakyat dan pelompat parti dan parti yang mengkhianati UMNO.

Pendaftaran PN ini berlaku hanya beberapa bulan sahaja selepas mereka (Pas) menandatangani piagam Muafakat Nasional dengan UMNO.

Tindakan mereka (Pas) ini dilihat sebagai percubaan untuk paksa UMNO terima PPBM dan masuk PN jika UMNO mahu bekerjasama dengan Pas, sebab itu mereka tergesa-gesa daftar Perikatan Nasional hanya beberapa bulan selepas Langkah Sheraton di mana beberapa pemimpin Pas dilantik Muhyiddin menjadi Menteri, walaupun mereka tentunya tahu bahawa akar umbi UMNO tidak boleh terima pengkhianat-pengkhianat UMNO yang telah lompat parti ke PPBM tersebut.

Jika kita bertunang dengan seseorang, tiba-tiba orang itu bertunang dengan orang lain, maka orang yang bertunang dengan orang lain itu lah yang sebenarnya pengkhianat.

Apabila ini berlaku, pertunangan pertama itu secara automatik terbatal. Lebih-lebih lagi apabila orang itu bertunang pula dengan pengkhianat yang telah mengkhianati kita, maka berlakulah pertunangan antara dua pengkhianat.

Saya harap mereka (pemimpin Pas) sedar akan hal ini dan tidak beretorik lagi sebab rakyat bukannya bodoh, mereka boleh nampak taktik-taktik politik seperti ini.

Dan ulamak sebenar tidak melabel-label orang lain dan memanggil orang lain dengan nama binatang. Usahlah cemarkan nama ulamak.

Jika tersilap langkah, kembalilah ke pangkal jalan. Dalam Islam pintu taubat sentiasa terbuka.

Isham Jalil
Ketua Penerangan BN Selangor

Pemimpin Pas Keliru Dan Bercelaru – Isham Jalil

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker