Moratorium dah tamat, ramai pemandu belum perbaharui lesen

SHAH ALAM – Ramai pengguna kenderaan di seluruh negara dikesan masih berdegil untuk mengambil atau memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) walaupun sudah lebih sebulan tempoh moratorium lesen berkenaan tamat 31 Disember lalu.

Perkara itu dikesan dalam tempoh enam hari penugasan Op Tahun Baharu Cina (TBC) 2022, antara 25 hingga 30 Januari lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim berkata, sebanyak 67,265 kenderaan diperiksa dan pihaknya telah mengeluarkan saman dan notis kepada 24,708 pemandu dan pemilik kenderaan.



“Kesalahan paling tinggi dikesan adalah tiada lesen memandu dan tamat tempoh iaitu 4,471, diikuti lesen kenderaan motor tamat tempoh atau tiada perlindungan insurans dengan 3,702 notis saman dicatatkan,” katanya ketika sidang media di terminal bas Lembah Sireh di Kota Bharu pada Selasa.

Kerajaan pada September tahun lalu sudah melanjutkan tempoh moratorium pembaharuan LKM dan LMM sehingga 31 Disember 2021 sebagai salah satu usaha meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bagaimanapun berkata, pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans sah dan menunjukkan sijil perlindungan insurans bagi tujuan pemeriksaan.

Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua menggesa kerajaan mempertingkat penguatkuasaan dalam usaha mengesan pengguna jalan raya yang masih berdegil untuk mengambil lesen dan memperbaharui cukai jalan.



Katanya, kedegilan pengguna jalan raya untuk tidak memperbaharui cukai jalan dan memandu tanpa lesen adalah disebabkan sikap ambil mudah dan berasa ‘kebal’ undang-undang.

“Tidak seperti insurans kenderaan, mereka perlu memperbaharuinya kerana jika terjadi kemalangan, mudah untuk mendapat ganti rugi.

“Bagi mereka, cukai jalan dan lesen kenderaan tiada kena-mengena dengan keselamatan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, maka pengguna jalan raya ambil sikap ‘nanti dulu’ untuk perbaharuinya,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu Teik Hua berkata, ibu bapa juga perlu memainkan peranan bagi memastikan remaja berumur 16 tahun ke atas mempunyai lesen sebelum membenarkan mereka menunggang motosikal ke sekolah.



“Ada sesetengah ibu bapa membenarkan anak-anak yang tiada lesen menunggang motosikal dengan cukai jalan tamat tempoh kerana beranggapan jarak di antara rumah dan sekolah tidak jauh.

“Namun mereka lupa keperluan untuk mempunyai kedua-duanya amat penting dan ia mandatori bagi setiap pengguna jalan raya,” katanya.

Justeru Teik Hua berpandangan, kerajaan perlu mempergiat usaha mengesan pesalah selain sentiasa menjalankan penguatkuasaan di jalan raya secara berperingkat dengan mengenakan tindakan tegas sebagai usaha memberi kesedaran kepada orang ramai.


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah



‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker