Jangan panik, kes Covid-19 akan meningkat – Khairy

Jangan panik, kes Covid-19 akan meningkat – Khairy

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin meramalkan kes Covid-19 akan melonjak disebabkan varian Omicron tetapi berkata, orang ramai tidak perlu panik.

Katanya, berbanding jumlah kes Covid-19, orang ramai patut melihat petunjuk penting lain seperti kemasukan ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kes (Covid-19) akan meningkat sebab Omicron sudah ada di negara kita, tetapi sekarang apa yang penting bukanlah bilangan kes, tetapi keseriusan kes tersebut,” katanya.



“KKM akan sentiasa pantau data yang terpenting, iaitu kemasukan ke hospital, kemasukan ke ICU, kadar kematian, itu yang menjadi petunjuk penting.”

Beliau berkata demikian pada sidang media susulan pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Tunku Azizah pagi ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,736 jangkitan baharu semalam.

Khairy berkata, negara kini lebih bersedia untuk menangani kes Covid-19 selain menambah bahawa KKM telah mewujudkan sistem kemasukan hospital yang lebih baik dan merancang untuk menggunakan ubat antivirus bagi pesakit.



Katanya lagi, pelonggaran lebih banyak sekatan seperti kawalan sempadan dan syarat perjalanan akan diumumkan sebaik sahaja program dos penggalak mencapai tahap yang memuaskan.

Lebih 50% daripada populasi dewasa telah menerima dos penggalak.

“Pendekatan kita dari segi pembukaan ekonomi adalah yang pertama, bersasar. KKM bukan ambil pendekatan buka semua secara mendadak. Kita masih lagi mengambil sikap berhati-hati dan membuka (ekonomi) secara berperingkat,” katanya.

Mengenai kluster pendidikan Khairy berkata, terdapat 180 kluster aktif pada masa ini, kebanyakannya membabitkan sekolah berasrama.



“Paling banyak adalah sekolah asrama di peringkat sekolah menengah, iaitu 108 dan jumlah sekolah yang ditutup adalah sebanyak 14,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan penutupan sekolah akan menjadi pilihan terakhir.

Berhubung pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang, Khairy berkata, ia akan “berbeza” daripada PRN di Sarawak dan Melaka tahun lepas kerana negara sedang berdepan gelombang varian Omicron.

“Apa yang kita tahu adalah, SOP (PRN) Melaka dan Sarawak berjaya, tidak ada peningkatan. SOP di Johor lain sikit sebab dia datang sekali dengan (varian) Omicron.

“Namun, apa yang kita mahu lihat di Johor adalah dari segi keseriusan kes, kemasukan ke hospital tidak meningkat dengan mendadak, tetapi akan ada peningkatan kes,” katanya. FMT

Jangan panik, kes Covid-19 akan meningkat – Khairy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker