Rider tercampak dilanggar lari (Video)

Rider tercampak dilanggar lari (Video)

Seorang penghantar makanan tercampak dalam satu insiden kemalangan jalan raya yang dipercayai berlaku di Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur.

Menerusi satu klip video yang dikongsikan Fareez Aiman di Facebook memaparkan seorang penghantar makanan dilanggar seorang pemandu yang memandu kereta jenis Honda Jazz yang cuba berhenti di bahu jalan, namun pemandu Honda tersebut melarikan diri susulan kejadian itu.

Klip video berdurasi satu minit itu juga menunjukkan akibat hilang kawalan setelah dilanggar, peghantar makanan itu terlanggar sebuah kereta jenis Perodua Alza yang berhenti di bahu jalan sebelum tercampak ke tepi.

“Macam tak ada rasa bersalah sahaja selepas dah langgar rider, dia boleh terus cabut lari.

“Minta sangatlah pihak yang bertanggungjawab memantau kenderaan yang berhenti selepas tol gombak menghala ke Kuala Lumpur ini, sangat mengganggu aliran trafik. Lagi-lagi yang konvoi motor atau kereta ramai-ramai tu yang ‘park’ ikut suka hati sahaja,” tulisnya di Facebook hari ini.

Rata-rata orang ramai tampil memarahi tindakan pemandu Honda Jazz tersebut yang melarikan diri.

“Kurang ajar, kurang-kurang berhenti lah tanya keadaan orang, kesian kat penghantar makanan dengan pelanggan yang tengah tunggu makanan dia,” kata Khairul Nazran.

“Terus lari? wah hebat, semoga mendapat balasan yang setimpal,” ujar Hennry De’e Khundhapinq.

Sementara itu, KL Gan berkata, seeloknya berhenti di stesen minyak atau di kawasan rehat dan rawat (R&R).

“Sebab ini jangan guna laluan kecemasan sesuka hati pun. Kalau nak tunggu kawan, pergi stesen pam minyak atau R&R sahaja,” jelasnya. K Online

https://fb.watch/aWk4pYifvb/

Rider tercampak dilanggar lari (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker