7 kematian baharu Covid-19

7 kematian baharu Covid-19

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan tujuh kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, dua korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 31,992.



Kelantan dan Pahang masing-masing mencatatkan angka kematian sebanyak dua kes, manakala Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing mencatatkan satu kes.

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 59,685 kes aktif dilaporkan, termasuk 112 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 54 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,196 kes sembuh turut dilaporkan.



Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,882,060. FMT

7 kematian baharu Covid-19


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker