Bawa virus balik kampung, tidak lapor kena Covid-19, cuti bertukar tragedi

Bawa virus balik kampung, tidak lapor kena Covid-19, cuti bertukar tragedi

KUANTAN – Kegembiraan sebuah keluarga pulang ke kampung melawat ibu bapa sempena cuti Tahun Baharu Cina bertukar tragedi apabila mereka membawa jangkitan virus Covid-19 sehingga mengorbankan warga emas berkenaan.

Malah tindakan keluarga berkenaan tidak melaporkan jangkitan positif dengan hanya mengasingkan arwah di bilik berasingan di rumah memberikan kesan buruk sehingga menyebabkan arwah meninggal dunia dan dikategorikan sebagai kes meninggal dunia di luar hospital (BID).

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, kisah bermula apabila ahli keluarga balik dari Kuala Lumpur ke kampung di negeri ini bagi melawat ibu bapa yang tidak berapa sihat dan mempunyai masalah penglihatan.

Katanya, selepas dua hari berada di kampung ahli keluarga berkenaan pulang semula ke Kuala Lumpur sebelum disahkan positif Covid-19 menyebabkan semua ahli keluarga di kampung melakukan ujian saliva yang mana hanya arwah didapati positif Covid-19.

“Namun pihak keluarga tidak melaporkan hal ini kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sebaliknya arwah diasingkan di bilik berasingan dalam rumah yang sama, sama ada keluarga khuatir arwah seorang diri dibawa ke pusat kuarantin atau mereka bimbang keluarga akan dipakaikan gelang dan dikuarantin.

“Sehari kemudian pesakit didapati tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia dan ujian RTK-Ag disahkan positif,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nor Azimi tindakan keluarga yang tidak melaporkan kepada PKD boleh mengundang komplikasi kepada pesakit apatah lagi melibatkan warga emas.

Katanya, meskipun keluarga mengambil inisiatif membuat ujian saliva secara harian ke atas semua ahli keluarga tetapi mereka mungkin tidak mahir untuk memantau kesihatan arwah.

“Jika kes positif tidak dilaporkan bermaksud arwah tadi di luar pengetahuan PKD dan pemantauan terhadap kes tidak akan dibuat. Banyak contoh pesakit nampak sihat tetapi sebenarnya telah berlaku komplikasi Covid-19,”katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, kes tersebut harus dijadikan iktibar yang mana setiap individu perlu memastikan bebas Covid-19 jika ingin melawat ibu bapa atau keluarga di kampung.

Katanya, semua ujian saliva yang positif mesti dilaporkan supaya PKD boleh membuat pemantauan kes dan pesakit Covid-19 yang berusia sepatutnya dimasukkan ke hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) agar pemantauan rapi boleh dibuat.

“Dua dos vaksin tidak mencukupi, pengambilan dos penggalak perlu untuk mengurangkan risiko komplikasi dan kematian, arwah telah lengkap dua dos vaksin cuma belum lagi dos penggalak.

“Kematian akibat Covid-19 sangat menyayat hati yang mana urusan pengebumian tidak sama seperti kematian penyakit lain, bukan sahaja tidak dapat menguruskan jenazah tetapi melihat daripada jauh pun tidak boleh sebab sedang dikuarantin apatah lagi melihat orang tersayang buat kali terakhir,”ujarnya. K Online

Bawa virus balik kampung, tidak lapor kena Covid-19, cuti bertukar tragedi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker