Berebut pelanggan selebriti, 2 peniaga pasembor bergaduh, baling kerusi

Berebut pelanggan selebriti, 2 peniaga pasembor bergaduh, baling kerusi

GEORGE TOWN: Pergaduhan dua penjual pasembor semata-mata berebut pelanggan yang juga seorang selebriti pada Selasa lalu, berkesudahan dengan insiden menumbuk dan aksi membaling kerusi, dalam kejadian di medan selera Medan Renong di Padang Kota Lama, di sini.

Aksi pergaduhan kedua-dua penjual tersebut dirakam dan tular di media sosial.

Pergaduhan bermula apabila selebriti itu, yang mempunyai lebih dua juta pengikut di Instagram, dipercayai duduk di ‘meja yang salah’.

Seorang pekerja majlis bandaraya memberitahu FMT, berkata selebriti itu memesan pasembor, namun duduk di meja milik seorang lagi penjual.

“Bekas seorang pekerja kemudian mendekati selebriti itu, memberitahu dia duduk di meja yang salah kerana memesan pasembor daripada mereka dan memintanya berpindah ke meja lain,” katanya.

“Perang mulut meletus apabila pekerja dari kedai pasembor pesaing mula bertengkar dan berkerumun di sekeliling selebriti itu, dengan satu pihak meminta selebriti itu tidak perlu berganjak, manakala satu lagi memintanya berpindah ke meja mereka.”

Video itu memaparkan kemuncak pertengkaran berakhir dengan pergaduhan, sebelum berlarutan berhampiran gerai dan menghampiri gerai tempat berlakunya aksi membaling kerusi.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Saravanan Velu, berkata tujuh lelaki berusia 30-an menyerah diri di Balai Polis Jalan Patani, semalam.

Beliau berkata, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Saravanan berkata, tujuh lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis, sementara menunggu arahan lanjut daripada pejabat pendakwa raya.

Beliau berkata, tiada pengunjung cedera dalam kejadian itu, manakala tujuh lelaki itu mengalami beberapa kesan lebam akibat pergaduhan itu.

Dalam pada itu, Setiausaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang Rajendran P Anthony, berkata surat tunjuk sebab telah dihantar kepada pemilik dua cawangan berkenaan berhubung kejadian terbabit.

Beliau berkata, panel akan mendengar penjelasan mereka dan memutuskan sama ada cawangan itu akan diberi amaran, digantung atau dibatalkan lesen operasinya. FMT

Berebut pelanggan selebriti, 2 peniaga pasembor bergaduh, baling kerusi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker