DAP kini telah tersasar dari cita-cita perjuangan, bakal hilang sokongan – Pemimpin DAP

PETALING JAYA: Dua pemimpin DAP setuju dengan penilaian Ronnie Liu bahawa parti itu sudah tersasar daripada cita-cita yang pernah diperjuangkan, sambil menambah ia boleh menjejaskan sokongan pengundi.

Pada Isnin, Liu, yang keluar DAP bulan lalu, berkata pemimpin tertentu seolah-olah melupakan nilai teras parti dan berisiko mengubahnya menjadi “satu lagi MCA”.

Dua pemimpin yang enggan namanya didedahkan, bersetuju dengan Liu bahawa segelintir rakan mereka mula melupakan cita-cita parti yang lama dipegang sejak menjadi sebahagian daripada kerajaan.



Salah seorang mereka yang juga Adun berkata, jika kepimpinan terus “meninggalkan” cita-cita itu, beliau tidak akan bertanding dalam PRU akan datang.

Adun itu menuduh kepimpinan tunduk kepada “setiap tuntutan” dan tidak membuat pendirian sendiri, “supaya DAP boleh kekal berkuasa”.

“Sesetengah keputusan dirasakan seperti bertentangan dengan identiti kita sendiri sebagai sebuah parti,” katanya kepada FMT.

Menurutnya, kepimpinan Pakatan Harapan (PH) cenderung lebih bersimpati dengan tuntutan Barisan Nasional (BN) berbanding parti komponen sendiri.



Adun itu juga merasakan DAP dipergunakan untuk meraih undi Cina bagi kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, ramai yang bersetuju dengan kenyataan Tony Pua mengenai Umno, tetapi kecewa parti berkenaan tidak menyokong bekas Ahli Parlimen Damansara itu.

Pada majlis makan malam kutipan dana DAP bulan lalu, Pua berkata penyokong PH mesti membuktikan “parti berbilang kaum yang bersih dan tidak rasuah” boleh melakukan lebih baik daripada gabungan dan parti yang “rasuah” seperti BN, Umno dan Bersatu.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin DAP berkata parti tersebut boleh bertukar menjadi “satu lagi Umno” jika ia “terus melakukan apa yang mereka lakukan sekarang”.



“Jika ini berterusan, kita bukan sahaja tidak relevan seperti MCA tetapi juga akan mula mempunyai banyak kem dalam parti seperti Umno,” kata bekas Ahli Parlimen itu.

Beliau berkata ini boleh menjejaskan sokongan kepada parti pada PRN akan datang.

“Peluang pengundi Cina menyokong Perikatan Nasional adalah tipis, tetapi kemungkinan ramai yang tidak akan keluar mengundi,” katanya.

“Ini kerana antara perkara utama yang kita beritahu pengundi pada PRU15 ialah kita menolak rasuah dan pemimpin yang korup, termasuk daripada BN.”



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah



Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)



Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker