Gajah betina ceroboh sekolah


Gerik: Seekor gajah betina berusia antara 30 hingga 35 tahun menceroboh masuk ke kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Kemar dekat sini, pada Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah liar itu merosakkan pagar elektrik yang dipasang di kawasan sekolah, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Kakitangan Perhilitan Perak pergi ke sekolah itu dan membaiki pagar termasuk menambah arus elektrik ke tahap 9.1 voltan.

“Ia cukup untuk halang gajah masuk, lampu biru ‘High LED’ untuk takutkan gajah turut dipasang,” katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.



Beliau mengulas satu video tular berdurasi satu minit 16 saat yang menunjukkan seekor gajah di dalam kawasan SK RPS Kemar, Gerik.

Yusof berkata, Perhilitan Perak memasang pagar elektrik di sekeliling sekolah itu sejak November tahun lalu bagi mengelak insiden gajah liar memasuki premis berkenaan.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk RPS Kemar untuk sama-sama menjaga pagar itu demi keselamatan bersama kerana pihak Perhilitan tidak berupaya menjaganya 24 jam sehari.

“Kami pasang pagar elektrik itu kerana risau keselamatan pelajar, anak penduduk kampung dan guru sekolah. Kami harap penduduk dapat bersama-sama menjaga pagar itu,” katanya. HM



Ekslusif: Spesies burung separuh jantan, separuh betina ditemui

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker