Kenapa Parlimen digantung? – Noh



Sebaran :


Kenapa Parlimen digantung?

Itu persoalan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar mengenai darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

“Sebenarnya apa yang menghantui fikiran saya adalah mengapa Parlimen digantung? Sedangkan Parlimen sebelum ini bersidang dengan SOP yang ketat. Kami diwajibkan membuat swab test setiap 2 minggu. Parlimen juga telah mengeluarkan peruntukan menyediakan glass partition dan di sanitize setiap hari diikuti dengan lain-lain SOP yang ketat.



“Kalau kurang yakin dengan SOP yang ditetapkan mungkin boleh diwajibkan semua Ahli Parlimen pakai PPE kerana pernah berlaku Ahli Parlimen memakai PPE memasuki Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.

Menurut Noh, sekiranya Parlimen dibenarkan bersidang, beliau yakin banyak masalah rakyat boleh disuarakan oleh ahli Parlimen.

“Ahli Parlimen boleh membantu memberi input kepada kerajaan bagaimana cara untuk membantu rakyat memandangkan kesusahan rakyat di setiap tempat berbeza. Saya bagi contoh adakah rakyat bersedia untuk pembelajaran online.



“Adakah semua ibu bapa mampu menyediakan kemudahan untuk pembelajaran online? Adakah semua kawasan mempunyai liputan internet yang baik? Adakah kita akan mengamalkan pembelajaran dua darjat?” soalnya.

Dalam keadaan sekarang, Noh ada berbincang dengan rakan-rakan yang pakar dalam bidang Perlembagaan dan kesimpulannya beliau berkata, Parlimen boleh bersidang sesuai dengan artikel 150(3) dalam Perlembagaan.

“Persoalannya, bila artikel 150(3) ini akan dilaksanakan sepertimana tercatat di dalam warta yang diedarkan. Kita tidak nafikan dalam keadaan sekarang kerajaan berusaha sebaik mungkin untuk membantu rakyat. Tapi saya lihat dasar bantuan ini sepatutnya dari bottom to top dan setiap dasar baru kerajaan perlu ada check and balance melalui persidangan Parlimen,” ujarnya. MG




Sebaran :


Leave a Reply