Jumpa cincin emas dalam tanah selepas 97 tahun

SPRINGFIELD – Seorang lelaki Illinois yang berjalan dengan alat pengesan logam di sebuah taman permainan awam menemui sebutir cincin yang tertanam di dalam tanah di negeri IIIinois, baru-baru ini.

Menurut laporan portal berita UPI pada 13 Jun lalu, Steve Aimone dari Godfrey berkata, dia menggunakan pengesan logam di Taman Rock Spring apabila menemui sebutir cincin emas 10 karat di atas sebuah bukit.

Beliau berkata, dia tidak terfikir cincin itu boleh tertanam 7.62 sentimeter di dalam tanah.

Dia berkata demikian kepada akhbarThe Telegraph baru-baru ini.



Cincin kelas tahun 1923 dari Akademi Ketenteraan Barat di Alton terukir nama pemiliknya, Mervin E Volle.

Aimone berkata, hasil pencariannya selepas itu menunjukkan Volle bertugas semasa Perang Dunia Kedua dan berpindah ke California sebelum dia meninggal dunia.

Menurutnya, dia berharap dapat mengenal pasti dan berhubung dengan anak-anak Volle dan memberikan cincin mendiang bapa mereka.

“Saya berpendapat, ahli keluarganya akan berasa bersyukur untuk mendapatkan semula cincin itu,” katanya. – Agensi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker