Bongkar Segala Salah Guna Kuasa Menteri-menteri PH Bila BN Berkuasa

Oleh Nurul Aishah

MUNGKIN ramai yang tertanya-tanya mengapa Lim Kit Siang dilihat “terlalu taksub” dengan Datuk Seri Najib Razak. Apabila perkara tersebut diajukan kepada beliau, Kit Siang menafikan dan berdalih.

Kononnya beliau benar-benar takut untuk masa depan negara dengan potensi kemunculan semula DS Najib.



“Apabila saya bertanya semalam siapa yang akan dilantik sebagai perdana menteri Umno selepas Pilihan Raya Umum ke-15, saya dituduh terlalu taksub dengan Najib Razak. Saya tidak.- Lim Kit Siang

Sebagaimana yang kita tahu, apabila PH memerintah selama 22 tahun, mereka telah bertindak kejam terhadap DS Najib dan Menteri-menteri kabinet zaman Barisan Nasional.

Tindakan keterlaluan tersebut akhirnya memakan diri mereka sendiri apabila pemimpin PH dilihat gementar untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 kerana bimbangkan kebangkitan semula DS Najib dan Menteri kabinet yang lain.

PH sedar yang mereka banyak melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa ketika memerintah selama 22 bulan dan kerajaan BN akan membongkar segala salahlaku menteri-menteri PH tersebut dan tindakan semestinya akan diambil tanpa ragu-ragu.



Ada beberapa kes salahlaku mereka yang bakal mengegarkan negara.

Menteri PH sudah pasti ketakutan dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat segala dakwaan salah laku dan penyelewengan dalam Tabung Haji (TH) dan keadilan buat anggota Bomba Allahyarham Adib Kassim yang dibunuh kejam sebagaimana dapatan Inkues.

Begitu juga dengan kes mahkamah pimpinan PH yang digugurkan atau ditarik balik termasuk kes banglo dan terowong Lim Guan Eng, wakil rakyat Dap dalam aktiviti pengganas Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) serta kes moral melibatkan individu yang kini menyokong kerajaan, semuanya buat mereka tidak lena tidur.

Semuanya ini umpama ‘Bangkai Gajah yang tak dapat ditutup hanya dengan nyiru’, baunya yang semerbak pasti terpalit juga ke badan mereka.



Isu tuntutan penubuhan RCI menyiasat segala pendedahan bekas Peguam Negara Tommy Thomas dalam bukunya ‘My Story: Justice in the Wilderness’, yang jelas menggambarkan wujud pendakwaan terpilih; wujud campur tangan politik dalam badan pengadilan dan kehakiman; bahkan wujud penyalahgunaan kuasa dalam perlantikan Hakim yang masih didiamkan oleh kerajaan berlaku ketika zaman PH.

Bagaimana pula dengan kes perhimpunan pro-komunis di sebuah kolej swasta Kajang? Atau kes penyeludupan abu mayat Chin Peng? Mahupun isu Buku Teks Sejarah yang dimanipulasi fakta mengagungkan komunis hingga mengecilkan peranan polis, tentera dan anggota keselamatan negara?”. Pemimpin PH sedang “rewind” semula salahlaku mereka.

Tambah menjengkelkan, di manakah keadilan apabila pemimpin UMNO yang kononnya terima peruntukan daripada sumber 1MDB didakwa sedangkan individu yang terima peruntukan serupa tidak pula didakwa malah terus menjadi suci apabila melompat ke parti Bersatu, bahkan boleh diangkat pula menjadi Menteri.

Di manakah keadilan jika anggota keluarga bekas Gabenor Bank Negara yang mengaku mengetahui tentang ratusan juta wang 1MDB di dalam akaun mereka tidak pula didakwa, sedangkan pemimpin UMNO begitu pantas dihadap ke mahkamah pengadilan?



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat salah laku yang telah dilakukan oleh kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepanjang 22 bulan mereka menjadi kerajaan.

Ini menunjukkan rakyat sudah ditipu apabila semasa pemerintahan PH, mereka berjanji tidak akan melaksanakan tender secara runding terus dan akan melaksanakan semua perolehan kerajaan secara tender terbuka.

SEBANYAK RM6 BILION DUIT RAKYAT DITIPU UNTUK MEMBERIKAN KEPENTINGAN KEPADA SYARIKAT YANG BERSENGKONGKOL DENGAN KERAJAAN PH, PH MENIPU RAKYAT UNTUK MENDAPAT KUASA DENGAN BERJANJI AKAN MELAKSANAKAN TENDER TERBUKA DAN TELUS.

Bagaimana mungkin hanya jangka masa 22 bulan memerintah, kerajaan PH boleh menilai projek sebanyak 101 dilaksanakan dengan dengan secara telus, dengan masa yang singkat ini.



Kerajaan PH telah memberikan tender terhad kepada syarikat yang berkepentingan dengan kerajaan PH, ini akan merugikan rakyat dan jelas telah merompak duit rakyat demi kepentingan politik PH. Rujuk kepada perbahasan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen berkenaan 101 projek rundingan terus yang diberikan kepada syarikat di bawah kepemimpinan PH.

Semua salahlaku tersebut akan dibongkar maka sudah tentu Lim Kit Siang dan pemimpin PH lain tidak lena tidur. Lendir kesalahan mereka bakal memberi kesan jangka panjang pada individu yg terlibat.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker