Penjenayah guna wang palsu ketika juruwang sibuk

Sebaran :

PETALING JAYA – Penjenayah yang menggunakan wang palsu dianggap licik kerana mereka bijak mencari peluang bagi mengelak kegiatan itu disedari peniaga atau pekerja kedai.

Antara modus operandi yang dikesan adalah mengunjungi premis yang mempunyai ramai pelanggan memandangkan ketika itu juruwang sibuk menyebabkan mereka terlepas pandang untuk memeriksa wang palsu yang diberikan pelanggan.

Pekerja kedai serbaneka, Intan Nur Syazlinda Abdullah, 30, berkata, dia pernah melalui pe­ngalaman diperdaya pelanggan yang menggunakan wang palsu sebelum ini.

“Taktik yang mereka (suspek) guna adalah membayar bara­ngan menggunakan wang kertas tulen dan diselit bersama wang palsu. Sekiranya juruwang tidak berhati-hati mereka akan menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Semenyih dekat sini semalam.



Faizal menunjukkan wang palsu yang pernah digunakan pelanggan di premisnya bekerja di Semenyih, Selangor.

Nur Syazlinda memberitahu, premisnya pernah beberapa kali menerima wang palsu RM20, RM50 dan RM100 sejak beberapa tahun lalu.

Menurut wanita itu, selain membeli barang, antara tujuan lain wang palsu digunakan adalah untuk mendapatkan baki.

“Kedai saya pernah berdepan kes seorang lelaki membeli barang berharga RM3.50 menggunakan wang RM100, mujur saya tergerak hati untuk membuat pemeriksaan. Selepas saya maklumkan wang itu palsu dia segera keluar premis,” katanya.

Sementara itu, pekerja kedai runcit, Faizal Faizar, 30, pula berkata, dia pernah menerima wang palsu RM100 dan kejadian tersebut hanya disedari selepas dia mahu menutup operasi kedai.



“Biasanya ciri-ciri wang palsu ini kertasnya lebih licin berban­ding wang tulen,” katanya.

Di Kemaman, Terengganu, pengusaha keropok lekor di Kampung Meraga Beris juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa wang palsu.

Nurhaslida Mohamad, 39, memberitahu, dalam kejadian pada 9 Jun 2019, dia kerugian selepas ditipu seorang wanita dan adik lelakinya yang membeli ke­ropok lekor menggunakan wang RM100 palsu.

Selain Nurhaslinda, pasangan adik-beradik itu turut memperdaya peniaga lain di Kampung Meraga Beris dan Kampung Kijal, Kemaman menggunakan taktik sama.



“Mereka kelihatan bergaya dan datang ke tempat saya de­ngan menaiki kereta jenis Toyota Corolla Altis. Wang RM100 palsu itu dilipat sewaktu membuat pembayaran.

“Jika tidak dimaklumkan oleh peniaga lain yang menjadi ­mangsa, mungkin saya pun tidak perasan (wang palsu),” katanya kepada Kosmo!.

Norhaslida menjelaskan, pe­ngalaman itu menyebabkan dia lebih berhati-hati dengan memeriksa wang tunai yang di­serahkan oleh pelanggan.

Wanita itu bersyukur kes yang dilakukan pasangan adik-beradik itu tular di media sosial dan mereka telah diberkas di Kuala Lumpur tidak lama kemudian.

“Saya difahamkan mereka telah didakwa di mahkamah atas dakwaan menipu menggunakan wang palsu,” katanya.

Penjenayah guna wang palsu ketika juruwang sibuk


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.