Lebih 22.9 juta atau 97.8% populasi dewasa lengkap vaksinasi

KUALA LUMPUR: Seramai 22,901,050 individu atau 97.8% daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 23,181,492 individu atau 99% daripada populasi dewasa pula, menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 2,860,918 individu atau 90.9% populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 manakala 2,773,020 individu atau 88.1% daripada golongan itu lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, 236,104 dos suntikan vaksin diberikan semalam, melibatkan 2,234 suntikan dos lengkap, 1,746 dos pertama dan 232,124 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 60,557,570 dos.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 9,043,384.

Lebih 22.9 juta atau 97.8% populasi dewasa lengkap vaksinasi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker