Bank Dunia saran Malaysia tingkatkan cukai
KUALA LUMPUR: Malaysia boleh mengukuhkan kapasiti pendapatannya dengan meningkatkan cukai langsung dan tidak langsung serta meneroka cukai progresif lain bagi meningkatkan ruang fiskal demi memenuhi keperluan perbelanjaan dan pelaburan yang semakin meningkat, saran Bank Dunia.
Dalam Laporan ‘Malaysia Economic Monitor: Raising the Tide, Ligting All Boats’ yang dilancarkan hari ini, institusi global itu mencadangkan Malaysia boleh melakukannya dengan meningkatkan cukai penggunaan am, cukai pendapatan peribadi, cukai kesihatan, menyelaraskan insentif cukai korporat, memperluaskan cukai keuntungan modal dan meneroka cukai progresif lain.
Ia berkata, Malaysia mencatatkan pendapatan cukai yang rendah iaitu sebanyak 12 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Jelasnya, peratusan itu jauh lebih rendah berbanding purata yang dicatatkan negara berpendapatan sederhana atas lain iaitu sebanyak 18 peratus daripada KDNK.
Justeru, katanya, situasi itu telah mengehadkan ruang fiskal negara ini untuk pelaburan yang menyokong pertumbuhan.
“Keupayaan Malaysia untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan membuat pelaburan progresif adalah sangat dikekang oleh penjanaan hasil cukai yang rendah.
“Kutipan cukai tidak langsung sangat rendah berbanding negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD),” katanya.
Dalam laporan itu, Bank Dunia berkata, pendapatan cukai tidak langsung di Malaysia hanya sedikit regresif tetapi menjana hasil yang terlalu sedikit untuk membiayai perbelanjaan mencukupi untuk menyokong golongan miskin.
Ia berkata, sementara cukai langsung menyediakan sebahagian besar pendapatan, tetapi ia masih sangat rendah berbanding dengan negara OECD, disumbangkan oleh cukai pendapatan individu yang rendah.
Katanya, meningkatkan kecukupan dan bantuan sosial bersasar boleh mengimbangi peningkatan kos sara hidup dengan menaikkan cukai penggunaan atau mengurangkan subsidi bahan api.
Di samping itu, Bank Dunia berkata, pendapatan baharu dan penjimatan kos juga boleh disalurkan ke dalam belanjawan bantuan sosial dengan manfaat jangka pendek dalam mengurangkan kemiskinan dan ketidaksamaan serta keuntungan jangka panjang melalui pelaburan dalam pendidikan dan kesihatan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Marah diperli jiran punca lelaki letupkan bom
- Sorok beras tempatan, kilang di Kedah disita
- Keselamatan Roger Ng dalam bahaya – IGP
- Suami terkejut isteri buat servis di laman web lucah
- Gaza dikepung, penduduk tanpa bahan api, ubat, makanan
- Pasangan suami isteri pelajar USIM, 4 anak maut serangan Israel di Gaza
- Saya sudah cuba… Tapi gagal – Mawar Rashid
- 2 leftenan Kolonel didakwa cabul gadis kedi golf
- Presiden Palestin Abbas mohon bantuan Presiden Rusia untuk hadapi Israel
- Buat laporan tentang pemandu mabuk, dipersendakan pulak?
- Siapa GF Naim Daniel, Iman Troye ke Sissy Iman?
- Mais selar dakwaan Dusuki
- Bayaran Janna Nick tahap diva, tak mampu nak bayar
- Have fun jaja cerita cerai saya – Nadia Annuar
- Kahwinlah Anju, elak buat dosa, nasihat netizen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Noniswara terima untuk bermadu
Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis
You must be logged in to post a comment.