Kepimpinan, MT UMNO Teliti Usul Bahagian Mengenai PRU15 Dan Pemilihan Parti

Kepimpinan, MT UMNO Teliti Usul Bahagian Mengenai PRU15 Dan Pemilihan Parti

Kepimpinan tertinggi dan Majlis Tertinggi UMNO akan meneliti semua usul-usul yang akan dikemukakan oleh UMNO bahagian, terutama berkaitan usul mengadakan pilihan raya lebih awal dan pemilihan parti, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ibu pejabat akan meneliti berapa yang mahukan pilihan raya awal, berapa yang mahukan pemilihan awal dan pihaknya tidak boleh membuat kesimpulan pada hari ini, kerana mesyuarat belum tamat sepenuhnya.

“Semua usul-usul ini akan dikumpulkan, sebelum ia dibentangkan kepada lima pemimpin utama parti untuk kita pula akan membentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO, sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk Tahun 2021, di sini hari ini.

Sementara itu beliau berkata UMNO menaruh keyakinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden parti, akan membuat keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berdasarkan ketetapan yang akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi kelak.

Ahmad Zahid berkata ketetapan itu berdasarkan suara di peringkat akar umbi, termasuk ahli-ahli sayap Pemuda dan Puteri UMNO yang mengusulkan supaya PRU15 diadakan lebih awal sebelum tamat penggal Parlimen pada 2023.

Beliau berkata 176 Pemuda UMNO Bahagian serta 171 Puteri UMNO Bahagian daripada keseluruhan 191 UMNO Bahagian di seluruh negara, bersetuju dengan usul tersebut.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kelewatan mengadakan PRU15 akan menyukarkan UMNO untuk menangani pelbagai tuduhan dan fitnah, seperti mana yang berlaku pada PRU14 lalu.

“Biarpun kerajaan banyak lakukan perubahan, tetapi sentimen ‘center of gravity’ maka bila tuduhan diadakan bertubi-tubi ramai yang percaya termasuk pengundi maka kerajaan tidak dapat bertahan,” katanya. Umno Online

Kepimpinan, MT UMNO Teliti Usul Bahagian Mengenai PRU15 Dan Pemilihan Parti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker