PU Syed mohon maaf daripada Caprice

PU Syed mohon maaf daripada Caprice

Pendakwah bebas, PU Syed membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Caprice berhubung dakwaan mengaitkan aurat isteri penyanyi rap itu dalam satu hantaran media sosial.

PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak berkata, dia memohon maaf sekiranya kenyataan dibuatnya memberi kesan buruk terhadap reputasi pelantun lagu Lenglui itu.



“Ambe dengan ini akan menurunkan catatan yang mana di dalamnya ada menyentuh isu aurat isteri saudara Caprice dan memohon maaf jika disana ada unsur-unsur negatif dan menganggu kehidupannya dan isteri.

“Pada masa sama, ambe masih berharap agar sesuatu kes yg sedang berjalan di mahkamah tidaklah diulas lagi dan jika wujud bukti-bukti baharu melibatkan sesiapa pun, sila hadapkan ke muka pengadilan,” coretnya menerusi Facebook.

PU Syed juga memaklumkan, dia tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 34, ingin mendedahkan ‘sesuatu’ berkenaan dirinya.

“Tentang diri ambe (saya) yang Caprice cuba dedahkan, terpulang kepadanya untuk terus dedahkan atau tidak.



“Permohonan maaf ini bukanlah bermakna ambe nak pihak Caprice membatalkan hasrat pendedahan tersebut jika benar wujud dan melanggari batas syarak dan undang-undang negara.

“Kepada Allah sahajalah kita serahkan baik dan buruknya. Insya-Allah,” coretnya lagi dalam entri yang sama.

Terdahulu, Caprice menuntut permohonan maaf dalam tempoh 24 jam daripada pendakwah bebas itu selepas dia menyentuh tentang aurat isterinya apabila dia berkobar-kobar melakukan pembongkaran tentang satu isu jenayah seksual melibatkan seorang pendakwah lain. K Online

PU Syed mohon maaf daripada Caprice




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin



Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker