Bukan hanya ventilator, Hospital Sibu juga kekurangan peralatan asas

Susulan pendedahan tiga buah hospital di Sarawak berdepan masalah alat ventilator tidak berfungsi, seorang anggota parlimen hari ini turut membangkitkan beberapa isu berhubung peralatan hospital di negeri itu, khususnya di Hospital Sibu.

Anggota Parlimen Sibu, Oscar Ling berkata, hospital tersebut berdepan masalah kekurangan peralatan hospital, termasuk peralatan asas.

“Terdapat juga alat asas yang tidak mencukupi di Hospital Sibu, peralatan asas seperti picagari dan pam infusi.

“Kekurangan peralatan yang boleh berfungsi mengganggu kelancaran kerja di hospital, di mana pesakit terpaksa tunggu untuk mendapatkan rawatan. Dan pegawai perubatan sibuk mencari peralatan yang berfungsi dengan baik di hospital berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Lim berkata Sibu kini berada dalam kawasan zon merah Covid-19, dengan merekodkan kes terbanyak di Sarawak setakat ini.

Ekoran itu, tambahnya, hospital Sibu harus diberikan keutamaan.

“Saya sedih dan merasa kementerian kesihatan Malaysia (KKM) perlu utamakan hospital di kawasan zon merah dan kawasan yang banyak kes Covid-19. Sibu masih mempunyai kes tertinggi di Sarawak. Hospital Sibu perlu dipersiapkan dengan peralatan secukupnya, jika tidak, tak mustahil angka kematian akan meningkat di Sibu.

“Jika tiada tindakan daripada KKM, saya percaya sistem perubatan di hospital Sibu akan goyah. Saya gesa kerajaan persekutuan untuk mengeluarkan dana lebih bagi peralatan perubatan. Rekod menunjukkan kerajaan lebih menekankan sektor ekonomi dan kepentingan kesihatan diabaikan,” jelasnya.

Untuk rekod, Sarawak merekodkan kes tertinggi Covid-19 untuk tiga hari berturut-turut. Negeri itu merekodkan 600 kes harian semalam dengan 93 daripadanya di Sibu.

Sementara itu KKM ketika dihubungi berkata, pihaknya kini dalam proses untuk memberi bantuan kepada kerajaan negeri Sarawak susulan peningkatan kes yang mendadak.

“KKM sedang dalam proses membantu kerajaan Sarawak bagi menghantar ventilator, peralatan dan sumber manusia secara berperingkat.

“Ia sama seperti keadaan di Sabah dan di Semenanjung ketika kes meningkat naik,” kata KKM. Mk

Cepat luluskan vaksin baharu, hospital swasta gesa kerajaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker