Ada Sebab Kenapa Selepas Makan Tunggu 40 minit Baru Minum Air Panas, Baca Penjelasannya

Ada Sebab Kenapa Selepas Makan Tunggu 40 minit Baru Minum Air Panas, Baca Penjelasannya

KEPERLUAN meminum air sama ada sejuk, suam atau panas adalah penting bagi memastikan tubuh kekal sihat serta terhidrat.

Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen malah lebih 70 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air.

Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.

Tubuh manusia melitupi 70 peratus air.

Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Dr Anuj Shrivastav, apabila pesakit menemuinya untuk mendapatkan nasihat kesihatan, beliau akan menitikberatkan pentingnya meminum air sekurang-kurangnya 12 gelas sehari.

Berikut merupakan tiga faktor utama yang perlu seseorang amalkan sebagai rutin harian, termasuklah;

 

1. Minum 1 liter air selepas bangun

Salah satu waktu yang paling baik untuk minum air adalah pada waktu pagi setelah bangun dari tidur – tidak perlu menggosok gigi kerana alkali di dalam mulut akan larut bersama air yang diminum.

Ia juga boleh seimbangkan sistem buah pinggang malah apabila tubuh memiliki jumlah air mencukupi ia akan memaksimumkan fungsi tubuh, seimbangkan cecair dalam badan dan mencegah jangkitan.

Minum air pada waktu pagi juga boleh menyingkirkan racun di dalam tubuh disamping menjadikan kulit lebih berseri.

2. Minum air hangat selepas 40 minit selepas makan

Pengambilan air yang mencukupi membantu sistem pencernaan menjadi lebih lancar dan seterusnya memudahkan proses membuang najis.

Menurut Dr Anuj, pengambilan air panas selepas makan akan membuatkan lemak di saluran usus mengecut dan mengalir ketika membuang air besar.

Penyelidikan pada tahun 2019 menunjukkan air minuman dapat meningkatkan aktiviti sistem saraf pusat dan mood seseorang.

3. Jangan minum air ketika berdiri

Rata-rata penduduk kini berpendapat minum air sambil berdiri bukanlah perkara sopan yang perlu dilakukan, tetapi masih ramai yang tidak menyedari akan keburukan tabiat itu.

Ini kerana, meneguk air sambil berdiri tidak elok untuk kesihatan perut. Risiko lain mungkin akan berlaku jika amalan ini kerap dilakukan seperti penyakit radang otot yang secara tidak langsung akan mengganggu kestabilan kandungan cecair dalam badan.

Risiko kerosakan buah pinggang juga boleh berlaku – proses itu sebenarnya membuatkan air yang diminum tidak dapat ditapis secara teratur.

Seperti yang dinyatakan diatas, minum air secukupnya bukan sahaja melambatkan pertumbuhan sel kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

Khasiat air juga bukan sekadar untuk membersihkan tubuh sahaja malah sebagai zat yang penting untuk tubuh kita.

Oleh itu, minumlah air bersih secukupnya untuk mendapatkan 1,001 manfaat disamping mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Ada Sebab Kenapa Selepas Makan Tunggu 40 minit Baru Minum Air Panas, Baca Penjelasannya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker