BN Selangor tanding 12 kerusi, dapat Gombak Setia, Dusun Tua

BN Selangor tanding 12 kerusi, dapat Gombak Setia, Dusun Tua

Barisan Nasional (BN) Selangor akan bertanding 12 kerusi DUN pada PRN termasuk dua kerusi disandang Pakatan Harapan (PH) sebelum ini iaitu Gombak Setia dan Dusun Tua.

Gombak Setia di bawah Parlimen Gombak adalah kubu kuat PKR dimenangi Hilman Idham yang kemudiannya menyertai Bersatu pada 2020, manakala Dusun Tua disandang Edry Faizal Yusof dari DAP.



Mengikut sumber parti, BN yang akan bekerjasama dengan PH pada PRN Ogos depan juga bertanding di Batang Kali, Kuang, Jeram, Selat Klang dan Dengkil, kerusi dimenangi Bersatu atas tiket PKR pada PRU14.

“BN akan kekalkan kerusi Sungai Panjang, Sungai Burong, Semenyih dan Sungai Air Tawar.

“BN juga akan mencabar kerusi pembangkang di Sijangkang,” katanya kepada FMT.

Difahamkan, kerusi Hulu Bernam diserahkan kepada Amanah yang memberi laluan kepada BN di Jeram.



Pengumuman rasmi calon BN di Selangor itu akan dibuat oleh Pengerusi BN Zahid Hamidi dalam satu majlis khas malam ini.

PH akan bertanding di 44 kerusi DUN Selangor iaitu Banting, Morib, Tanjung Sepat, Sungai Pelek, Kajang, Sungai Ramal, Balakong, Seri Kembangan, Seri Serdang, Kinrara, dan Subang Jaya.

Seri Setia, Taman Medan, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Bandar Utama, Bukit Lanjan, Paya Jaras, Kota Damansara, Kota Anggerik, Batu Tiga, Meru, Sementa, Bandar Baru Klang, Pelabuhan Klang, dan Pandamaran.

Sentosa, Sungai Kandis, Kota Kemuning, Sabak, Sekinchan, Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu, Permatang, Bukit Melawati, Ijok, Rawang, Taman Templer, Sungai Tua, Hulu Kelang, Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya, Pandan Indah dan Teratai. FMT



BN Selangor tanding 12 kerusi, dapat Gombak Setia, Dusun Tua

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?



Pelajar Universiti Jadi Ketagih Jual Gambar Bogel Kerana Bayaran Lumayan (Video)

Bekas Ratu Cantik Vietnam Jadi Petani



Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker