DIlantik sebagai Menteri KPDN, Sany Hamzan bersedia sepenuhnya

Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah Mohd Sany Hamzan

Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah Mohd Sany Hamzan membayangkan bahawa dia bersedia untuk berkhidmat sebagai menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang baru sekiranya dilantik.

Bercakap kepada pemberita di Ipoh, Sany berkata keputusan itu terletak di tangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, Amanah telah mengemukakan sekurang-kurangnya dua calon pengganti untuk jawatan yang ditinggalkan kosong sejak kematian bekas timbalan presiden Amanah, Salahuddin Ayub, empat bulan yang lalu.

“Kita pun tak tahu bila tarikh lantikan, cuma diberitahu dalam masa terdekat.



“Parti Amanah sudah menghantar nama untuk mengisi jawatan tersebut sekarang terpulang kepada perdana menteri menentukannya,” kata Ahli Parlimen Hulu Langat itu.

Setakat ini tidak jelas sama ada parti lain dalam kerajaan juga telah mengemukakan calon untuk pertimbangan Anwar.

Sany bagaimanapun tidak mendedahkan nama yang dikemukakan.

“Cuma saya dengar-dengar macam nama (Ahli Parlimen) Hulu Langat kuatlah.



“Kalau PM lantik saya (sebagai Menteri KPDN), saya panjatkan kesyukuran kehadrat Allah,” katanya dalam nada berseloroh, seperti dilapor Sinar Harian.

Jumaat lalu, Anwar membayangkan kemungkinan rombakan kabinet menjelang akhir tahun, selain menggantikan jawatan Salahuddin, yang kini ditugaskan sementara kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Armizan Mohd Ali.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega



Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker