Bekas Presiden MCA Chua Jui Meng meninggal dunia

Bekas menteri kesihatan Chua Jui Meng meninggal dunia hari ini pada usia 80 tahun.

Dia dilaporkan dimasukkan ke hospital minggu lalu selepas serangan jantung.

Kematiannya disahkan oleh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Chua pernah berkhidmat sebagai menteri kesihatan dari 1995 hingga 2004.

Dia mula-mula memulakan kerjaya politiknya di MCA, dan pernah memegang jawatan naib presiden.

Dia juga pernah bertanding sebanyak dua kali untuk jawatan presiden MCA namun gagal.

Ketika bersama BN, Chua telah memenangi kerusi parlimen Bakri lima kali, dengan kemenangan pertamanya pada 1986.

Pada 2009, Chua meninggalkan MCA untuk menyertai PKR dan berkhidmat sebagai ketua PKR Johor sehingga 2014.

PKR dalam perutusan mengucapkan takziah atas pemergiannya, memuji kepimpinan Chua kerana parti itu menawan kerusi parlimen Batu Pahat buat kali pertama pada 2013.

Pada pilihan raya itu, Chua sendiri bertanding untuk kerusi Segamat, tetapi tewas kepada S Subramaniam dari MIC.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker