Tawaran pengeluaran KWSP, rakyat kutuk Muhyiddin bantu rakyat guna duit rakyat

Muhyiddin menerima kritikan selepas menyatakan hasrat mempertimbangkan pengenalan sekali lagi skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), jika gabungan itu menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, jumlah simpanan KWSP pencarum sudah susut susulan pelbagai skim pengeluaran yang diperkenalkan sejak dua tahun lepas.

Santiago mendakwa Muhyiddin calon perdana menteri yang “jahil”, sambil menambah skim pengeluaran KWSP terdahulu memaksa ramai pencarum berdepan “kemiskinan pada usia tua”.



“Mereka terpaksa bekerja tambahan tujuh tahun untuk menampung kerugian atau hidup dalam kemiskinan.

“Ditambah peningkatan kos sara hidup, bagaimana mereka hendak menampung kehidupan apabila dana persaraan sudah tiada?” soal ahli DAP itu dalam siri ciapan di Twitter.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berpendirian bahawa pengeluaran KWSP bukan suatu bentuk bantuan kerajaan kerana pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka sendiri.

Bekas Ahli Parlimen Muar itu, berkata menawarkan wang pencarum KWSP sebagai “gula-gula pilihan raya” ialah tindakan tidak bertanggungjawab dan memberi kesan negatif buat pencarum bagi tempoh panjang.



“Saya menentang keras ikrar pilihan raya seperti ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ketika melancarkan manifesto PN pada Ahad, Muhyiddin berkata, PN akan mempertimbangkan satu lagi skim pengeluaran KWSP memandangkan ramai yang memintanya.

Katanya, ia akan dilaksanakan secara bersasar dan mengambil kira sama ada pencarum mempunyai dana mencukupi bagi persaraan mereka.

Pada Ogos, Timbalan Menteri Kewangan Shahar Abdullah berkata, hampir RM145 bilion dikeluarkan pencarum dalam skim pengeluaran KWSP sebelum ini.



Tambahnya, simpanan pencarum KWSP berada pada tahap yang rendah dan “sangat membimbangkan”.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’



Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker