Lelaki maut diserang babi hutan ketika ke kebun

PANTAI REMIS: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas diserang seekor babi hutan di Jalan Kampung Paya Ara, di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Syaiful Anuar Abdul Wahab, 46, dikatakan sedang dalam perjalanan ke kebunnya, sebelum diserang babi tersebut.

Dua lagi lelaki, masing-masing berusia sekitar 49 dan 60 tahun cedera ringan ketika mahu membantu mangsa daripada serangan berkenaan.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.05 malam.

“Mangsa maut di tempat kejadian dan dua lagi cedera akibat ingin membantu mangsa daripada diserang babi itu.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis tiba di lokasi kejadian bersama pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Anggota bomba membantu dengan memberi pencahayaan kepada pihak polis untuk menembak haiwan tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.



Katanya lagi, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis manakala cedera kepada pihak KKM bagi rawatan susulan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)



Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker