RUU Antilompat Parti: PH Gesa Segerakan Sidang Khas Parlimen

RUU Antilompat Parti: PH Gesa Segerakan Sidang Khas Parlimen

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob segera mengadakan Sidang Khas Parlimen bagi membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti.

Gesaan itu dibuat menerusi satu kenyataan bersama yang dikeluarkan malam ini.



Kenyataan itu mendesak agar Perdana Menteri menunaikan janji untuk memberikan komitmen bagi membahaskan RUU tersebut.

Selain RUU, mereka turut menggesa Sidang Khas Parlimen membincangkan permasalahan dihadapi rakyat ketika ini, antaranya isu kos sara hidup dan inflasi.

“Juga harus dibincangkan adalah mengenai pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesan beberapa pembelian untuk sektor perkhidmatan kesihatan negara ketika pandemik COVID-19 melanda, terpalit dengan rasuah.

“Justeru, Majlis Presiden menggesa Perdana Menteri untuk bertindak secepat mungkin bagi membolehkan kesemua perkara ini dibahaskan,” kenyataan itu menyebut.-AA

RUU Antilompat Parti: PH Gesa Segerakan Sidang Khas Parlimen



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker